SHAH ALAM - McDonald's Malaysia sangat kecewa dengan seruan untuk memboikot restoran kami, sebagai tindak balas terhadap pengumuman Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump baru-baru ini.

Pengarah Urusan dan Pemilik Saham Tempatan Gerbang Alaf Restaurants Sdn. Bhd, Azmir Jaafar berkata, pihaknya tidak menyokong atau terlibat dalam sebarang konflik politik atau keagamaan di mana-mana negara di dunia.

"Sebagai rakyat Malaysia, kami memahami kekecewaan yang dirasai oleh umat Islam di seluruh dunia berhubung isu ini.

"Marilah kita bersatu dan menumpukan perhatian kepada perjuangan yang betul, dan mendoakan yang sebaiknya untuk mereka yang menerima kesan disebabkan perkembangan ini," katanya dalam kenyataan, semalam.

Mac’Donalds dilaporkan menerima tempias dengan tindakan Trump yang mengisytiharkan Baitulmaqdis sebagai ibu negara Israel.

[ARTIKEL BERKAITAN: Baitulmaqdis: Trump disifatkan biadab]

Percaya dengan dakwaan yang tersebar di media sosial, orang ramai mula menghentam dan memboikot perusahaan makanan segera itu serta-merta.

Azmir berkata, dakwaan McDonald’s menyalurkan dana kepada Israel adalah satu tuduhan yang tidak benar dan ia adalah fitnah terhadap mereka.

“Adalah penting untuk semua mengetahui bahawa perniagaan McDonald's di Malaysia dikendalikan oleh Gerbang Alaf Restaurants Sdn Bhd, dan syarikat ini 100 peratus milik tempatan serta pemegang saham terbesarnya beragama Islam.

“McDonald’s telah lama menjadi sebahagian daripada masyarakat, tanggungjawab sosial korporat amat kami titik beratkan dan lebih RM2.5juta telah dibelanjakan pada tahun ini sahaja untuk lebih 5,000 aktiviti-aktiviti kemasyarakatan dan turun padang dalam negara ini,” katanya lagi.

Pihaknya juga bertegas akan mengambil tindakan ke atas mana-mana pihak yang membuat fitnah ke atas Mac’Donalds.

“Kami menganggap tuduhan sedemikian sebagai fitnah dan tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan terhadap mana-mana pihak yang tidak bertanggungjawab, yang terus menyebarkan pembohongan melalui platform media sosial dan saluran-saluran lain,” katanya lagi.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Bekas Imam Besar Al-Aqsa, Syeikh Ekrima Said Sabri hari ini menzahirkan penghargaan serta sokongan terhadap pendirian Malaysia dalam isu Baitulmaqdis dan Palestin.
  • KUALA LUMPUR - Persidangan Antarabangsa Bagi Membela Baitulmaqdis bermula pada Rabu di Pusat Persidangan Antarabangsa Al-Azhar, Madinah Nasr, Kaherah, Mesir.
  • MELAKA - Israel dan sekutunya mencabar keamanan dan keharmonian di Baitulmaqdis yang didambakan masyarakat dunia, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.
  • KUALA LUMPUR - Undi majoriti Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa Bersatu (UNGA) menolak keputusan Presiden Amerika Syarikat Donald Trump mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel adalah bukti jelas mengenai komitmen dunia kepada undang-undang antarabangsa, kata aktivis sosial Dr Chandra Muzaffar.
  • KUALA LUMPUR - "Malaysia menyokong resolusi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang menolak keputusan Amerika Syarikat (AS) mengiktiraf Baitumaqdis sebagai ibu negara Israel," kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.