SHAH ALAM - Presiden Amanah Mohamad Sabu, kini mempunyai akaun rasmi Twitter.

Beliau yang bakal mengangkat sumpah sebagai Menteri Pertahanan menggunakan tweethandle @MohamadSabu_ dibawah nama MAT SABU, akaun itu kini mempunyai sekitar 9,000 pengikut setakat jam 12.30 malam ini.

Entri pertamanya sekitar jam 10.30 malam tadi.

Dalam entri itu, beliau berkata, akaun ini akan memudahkannya mendekati rakyat.

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua rakyat Malaysia yang menyokongnya dengan menggunakan hashtag #MajukanMalaysia.

Setakat jam 12.30 malam, tweet tersebut mendapat 2,700 like, lebih 3,400 retweet dan lebih 300 komen.

Kebanyakkan netizen mengucapkan selamat datang ke Twitter manakala ada antara mereka mendesak Mohammad Sabu atau lebih mesra disapa 'Abang Mat' untuk mengesahkan akaun tersebut.

Namun, tak kurang juga yang menantikan tweet jenaka dari beliau.