SHAH ALAM - Ahli Parlimen Kuala Nerus, Dr Mohd Khairuddin Aman Razali at-Takiri menzahirkan rasa sedih dengan keadaan sebahagian ahli politik yang 'gagap' berbahasa Melayu meskipun lancar berbahasa Inggeris.

Jelas Mohd Khairuddin lagi, perkara itu boleh diperhatikan dalam perbahasan di Parlimen dan dalam interaksi seharian menerusi sidang media atau ceramah politik.

"Ia menimbulkan persoalan: Adakah mereka tidak bergaul dalam satu masyarakat kepelbagaian bangsa? Atau mereka merasa jelik berbahasa Melayu tetapi bangga berbahasa Inggeris?

"Kenapa mereka boleh mempelajari Bahasa Inggeris sedang gagal untuk menguasai Bahasa Melayu?," soalnya dalam satu kenyataan hari ini.

Mengulas lanjut, Mohd Khairuddin berkata, sebagai perbandingan Warga asing seperti Bangladesh dan Myanmar boleh sahaja berbahasa Melayu dengan fasih dalam tempoh enam bulan bekerja di Malaysia, namun ia tidak boleh dilakukan oleh sebahagian ahli politik.

"Malah "Mat Dang Pulau Redang", orang berkulit putih daripada United Kingdom boleh fasih berbahasa dialek Terengganu dengan pelbagai peribahasa rakyat hanya dalam setahun bermukim di Terengganu sehingga menjadi ikon di media elektronik," jelasnya.

Justeru, katanya integrasi antara kaum perlu diperkasakan lagi di negara ini.

Ulasnya lagi, integrasi kaum di negeri Terengganu, Kelantan dan Kedah menyaksikan bagaimana rakyat keturunan cina dan India bertutur dalam dialek negeri sehingga tidak dapat dibezakan sama ada mereka berketurunan Cina, India atau berketurunan Melayu.

"Bagi saya itu adalah contoh kejayaan integrasi kaum. Namun, saya bimbang jika kedapatan rakyat Malaysia yang lahir dan membesar dalam Malaysia tetapi masih tidak boleh berbahasa Melayu sehingga pada usia dewasa," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Politik negara perlu mengadaptasi Strategi Lautan Biru dengan bersedia menguasai politik digital dan data besar untuk mengurus maklumat pilihan raya, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
  • KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat bagi mesyuarat ketiga penggal kelima Parlimen ke-13 ditangguhkan hari ini selepas bersidang selama 25 hari dan meluluskan 13 Rang Undang-Undang (RUU).
  • KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Cheras Tan Kok Wai daripada DAP hari ini diarah keluar dari persidangan Dewan Rakyat oleh Timbalan Yang Dipertua, Datuk Seri Dr Ronald Kiandee kerana melanggar arahan.
  • KUALA LUMPUR - Persidangan Dewan Rakyat hari ini meluluskan Rang Undang-Undang Perbekalan 2018 di peringkat dasar selepas mendapat undian majoriti anggota Parlimen.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini menangkis dakwaan pembangkang bahawa beliau tidak mendapat layanan istimewa ketika lawatan kerja ke Amerika Syarikat (AS), September lalu.