KUALA LUMPUR - Institusi pendidikan di bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) menyediakan 38,952 tempat untuk mereka yang ingin melanjutkan pengajian dalam program sijil, diploma dan ijazah bagi pengambilan Julai tahun ini.

Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal berkata pada masa ini, 273 institusi pendidikan Mara menempatkan 64,555 pelajar.

"Julai ini, Giatmara akan menyediakan tempat terbanyak iaitu 22,800 diikuti Kolej Poly-Tech Mara (5,420), Universiti Kuala Lumpur (4,950), Institut Kemahiran Mara (2,481), Kolej Profesional Mara (2,095), Kolej Kemahiran Tinggi Mara (799) dan German Malaysian Institute (407)," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Karnival Pendidikan Mara 2012 di Pusat Dagangan Dunia Putra hari ini.

Karnival dua hari itu menyasarkan 15,000 pengunjung. Sebelum ini, ia berlangsung di Melaka dan akan ke tujuh lagi lokasi termasuk Perak, Kelantan serta Sarawak. Mara menyasarkan 200,000 pengunjung secara keseluruhan.

Terdahulu, Mohd Shafie menyaksikan pertukaran dua memorandum persefahaman (MoU) antara Mara dan Talent Corporation Malaysia Berhad (TalentCorp) serta Mara dan Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM).

Mengulas MoU itu, beliau berkata kerjasama dengan TalentCorp akan membolehkan Mara membawa pakar, yang juga bekas pelajar tajaannya, pulang berkhidmat di negara ini.

Mohd Shafie berkata ia juga melibatkan usaha menempatkan pelajar tajaan Mara yang baru menamatkan pengajian di luar negara dengan syarikat terkemuka di Malaysia.

"Saya difahamkan antara pelan tindakan yang diusahakan ialah doktor di United Kingdom dan Ireland kembali berkhidmat di Malaysia dengan menempatkan mereka di hospital terbaik negara melalui Program Mengembalikan Pakar'," katanya.

Beliau berkata kerjasama dengan JTKSM pula membolehkan Mara menyalurkan graduan tajaanya ke pasaran kerja mengikut bidang dan minat mereka.

"Seramai 312,434 pelajar tajaan Mara telah menamatkan pengajian di dalam dan luar negara. Menerusi Rancangan Malaysia Ke-10, Mara menyasarkan untuk menaja 128,800 pelajar mencakupi 124,130 pelajar dalam negara, dan selebihnya luar negara," katanya.- Bernama

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan negeri tidak perlu bimbang dengan cadangan pindaan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550) kerana penglibatan kerajaan persekutuan bertujuan untuk menyelaraskan aspek keselamatan semua maahad tahfiz disamping membantu aspek kewangan mereka.
  • KUALA LUMPUR - Menteri Besar Pahang, Datuk Seri Adnan Yaakob mengesyorkan agar dasar pendidikan di negara ini dikaji semula supaya sejajar dengan keadaan semasa dan untuk membantu mengurangkan kadar pengangguran dalam kalangan siswazah.
  • KUALA LUMPUR - Keadaan yang tidak menentu berhubung isu Rohingya di negeri Rakhine, harus ditangani segera, atau ia akan menjadi tempat pembiakan subur merekrut ekstremis, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
  • KUALA LUMPUR - Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini berkata sebanyak 13,837 idea dan cadangan telah diterima sepanjang kempen sumber khalayak Bajet 2018 yang dijalankan selama 15 hari, bermula 4 hingga 18 September lepas.
  • KUALA LUMPUR - Malaysia kekal komited dan meletak keutamaan paling tinggi dalam menghapuskan kegiatan perburuhan paksa, perhambaan moden dan pemerdagangan manusia menjelang 2030, kata Menteri Luar, Datuk Seri Anifah Aman.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.