KUALA LUMPUR - Menteri Kerja Raya Baru Bian mengakui pampasan RM400 bilion yang dibacakan olehnya di Dewan Rakyat berkaitan pemansuhan m tol di negara ini adalah berdasarkan kiraaan daripada kerajaan BN sebelum ini.

Beliau berkata pampasan RM400 bilion itu diperolehinya daripada Unit Pengurusan Prestasi dan Pelaksanaan (Pemandu).

“Ya (RM400 bilion) merujuk kepada Pemandu,” katanya ketika ditemui media di lobi Parlimen hari ini.

Sebelum ini, Baru Bian berkata kerajaan bersetuju menangguhkan cadangan menghapuskan tol sehingga keadaan ekonomi stabil.

Beliau berkata penangguhan itu dipersetujui selepas kerajaan menimbangkan kesan pemansuhan terhadap kedudukan kewangan negara.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pampasan RM400 billion jika hapus tol]

Menurutnya, pemansuhan tol di negara ini akan menyebabkan kerajaan membayar pampasan melebihi RM400 bilion kepada syarikat konsesi tol.

[ARTIKEL BERKAITAN: Pampasan mansuh tol tak sampai RM400 bilion]

Hari ini, Ahli Parlimen Damansara Tony Pua berkata, angka RM400 bilion yang disebut Baru berhubung pampasan kepada syarikat konsesi tol adalah angka daripada kerajaan BN.

Mengulas mengenai kenyataan Tony bahawa pampasan syarikat-syarikat konsesi tol kurang daripada RM400 bilion, Baru berkata mungkin mempunyai asas berkenaan perkara terbabit.

“Saya tak boleh nak menafikan atau mengatakan ka adalah salah. Saya rasa mungkin ada asas perkara itu.

“Tapi dia  (Tony) betul RM400 bilion itu termasuk beberapa perkara seperti kadar faedah,” katanya.

[ARTIKEL BERKAITAN: Najib cadang Tony Pua galas tugas hapus semua tol]