PUTRAJAYA - Program Malaysia #QuranHour yang akan berlangsung kurang dua jam lagi perlu dimanfaatkan dengan sebaik-baiknya.

Pengasas Yayasan Warisan Ummah Ikhlas (WUI), Datuk Dr Hussamuddin Yaacub berkata, hari ini semua media bersatu hati dalam memberi liputan secara menyeluruh.

"Majlis hari ini moga menjadi persembahan kita kepada ALLAH SWT dan diterima dengan baik oleh-Nya, mengikut jejak Rasulullah SAW.

"Sama-sama memasuki padang perjuangan hari ini dengan niat yang jelas. Malaysia #QuranHour adalah tentang akhlak diri, keluarga, komuniti dan negara dengan kembali kepada Al-Quran," katanya dalam satu kenyataan.

Beliau yang juga Pengarah Urusan Kumpulan Media Karangkraf berkata, majlis ini adalah tentang diri kita sendiri.

"Membawa al-Quran menjadi jiwa dan akhlak kita. Buat yang akan berada di masjid, masukilah dengan doa masuk masjid, niat iktikaf dan kerjakan solat sunat dua rakaat.

"Siapkan hati. Banyakkan zikir. Ada kertas Asmaul Husna yang kami siapkan juga.

"Moga ALLAH turunkan barakah yang banyak kepada kita semua," katanya.

Malaysia #QuranHour yang berlangsung di Masjid Tuanku Mizan Zainal Abidin ini turut menyaksikan penglibatan daripada media-media utama.

Para petugas media sudah berada di sini seawal jam 8 pagi.
 

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.