PUTRAJAYA - Persatuan Pengguna Islam Malaysia (PPIM) menyifatkan, Malaysia #QuranHour merupakan penyambung silaturrahim di antara semua persatuan Islam di negara ini.

Ketua Aktivisnya PPIM, Datuk Nadzim Johan berkata program ini dapat lihat penyatuan ummah dan semua persatuan bergabung bersatu hati.

"Saya yakin matlamat penganjur sampai di mana setiap umat Islam cintakan al-Quran.

"Saya sangat berterima kasih kepada penganjur kerana secara tidak langsung memberi keinsafan pada diri," katanya kepada Sinar Online.

Malaysia #QuranHour dilangsungkan hari ini selama sejam di seluruh Malaysia.

"Program seumpama ini memberi manfaat kepada setiap ahli masyarakat agar memahami setiap maksud di sebalik ayat," katanya.

Malaysia #QuranHour yang bermula pada jam 12 tengahari hingga 1 petang mendapat sambutan menggalakkan daripada semua lapisan masyarakat.
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Tarikh 31 Ogos 2017 bersamaan 9 Zulhijjah 1438 Hijrah menjadi detik bermakna apabila bacaan ayat-ayat suci al-Quran berkumandang serentak di seluruh dunia selama satu jam menerusi program World #QuranHour, tahun kedua ia dianjurkan.
  • GOMBAK - Orang ramai mula memenuhi ruangan di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Univerisiti Islam Antarabangsa Malaysia (UIAM) bagi mengikuti penganjuran World #Quran Hour.
  • KUALA LUMPUR - Rakyat Malaysia berbilang kaum, pelajar serta rakyat luar negara mencipta sejarah apabila buat julung kalinya mereka berkumpul di Dataran Merdeka, hari ini.
  • SHAH ALAM - Bersempena dengan penganjuran World #QuranHour yang bakal berlangsung esok, sebahagian murid dan guru Sekolah Kebangsaan Seksyen 7, Bandar Baru Bangi turut mengambil bahagian bagi menyemarakkan semangat penganjuran program itu.
  • SHAH ALAM - Kurang 24 jam lagi akan berlangsung program bacaan al-Quran serentak seluruh dunia selama satu jam, World #QuranHour dan jangkauan media sosialnya kini mencecah lebih 300 juta di seluruh dunia.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.