KUALA LUMPUR – Malaysia perlu mengembalikan tahap interaksi dengan Amerika Syarikat, terutama dalam perdagangan, bagi meningkatkan lagi perdagangan dan pelaburan antara kedua-dua kerajaan, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Beliau berkata terdapat peluang besar untuk diteroka kedua-dua negara, dan meraih manfaat daripada hubungan perdagangan dan pelaburan yang lebih erat.

“Tahun lepas, dagangan antara kedua-dua negara bernilai hampir AS$33 bilion. Walaupun ia meningkat sejak tahun-tahun kebelakangan ini, angkanya lebih besar sebelum ini,” kata Najib dalam blognya Najibrazak.com.

Perdana Menteri kini dalam lawatan kerja tiga hari ke Amerika Syarikat dan mengadakan rundingan dengan Presiden Donald Trumph di Rumah Putih.

Beliau berkata tahun lepas sahaja, syarikat-syarikat Amerika membawa masuk RM5 bilion, atau lebih daripada US$1 bilion, pelaburan langsung asing (FDI) ke Malaysia.

Amerika katanya merupakan pelabur asing kelima terbesar di negara ini dengan jumlah saham FDI bernilai RM36 bilion atau AS$8.5 bilion.

“Kedudukan unik Malaysia sebagai gerbang ke Asean yang mempunyai pasaran 625 juta penduduk, dan Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau – apabila dimuktamadkan kelak – akan meliputi 50 peratus penduduk dunia dan lebih 30 peratus keluaran dalam negara kasar dunia,’

“Banyak komuniti perniagaan antarabangsa sudah pun mengambil peluang ke atas kedudukan strategik kami, tenaga kerja kami yang muda, bermotovasi dan mahir berbahasa Inggeris selain dasar mesra perniagaan kami yang menarik syarikat,” katanya.

Najib memberikan beberapa contoh termasuk Broadcom Limited, antara syarikat semikonduktor terbesar di dunia, yang ditubuhkan di Amerika, dengan pemodalan pasaran hampir setengah trilion dolar, mahu memindahkan Hab Pengedaran Globalnya ke Malaysia tahun ini.

Dan ada banyak firma dari AS yang mengukuhkan kehadiran mereka di Malaysia, katanya.

“Coca-Cola, sebagai contoh, melabur RM1 bilion sejak 2010 dan pada Mac tahun ini, syarikat itu mengumumkan pelaburan tambahan sebanyak RM500 juta untuk meluaskan saiz dan kapasiti pengeluaran kilangnya di Malaysia.

“Saya juga gembira, seperti yang diumumkan sebelum ini, Malaysia Airlines Bhd dan Boeing Aircraft Corporation telah menandatangani Memorandum Persefahaman bernilai AS$3.9 bilion, yang meliputi pembukaan kemudahan MRO (penyelenggaraan, pembaikan dan baik pulih) di Kuala Lumpur dengan kerjasama Malaysia Airlines untuk membuat pengkhususan dalam pesawat Boeing 787, Boeing Max dan Boeing NG.

“Akhirnya, ketika kita meraikan 60 tahun hubungan dagang  dua hala yang kukuh antara Malaysia dan US tahun ini, kita juga menunggu pencapaian hubungan yang lebih erat 60 tahun akan datang, dalam banyak bidang, terutama perdagangan dan perniagaan,

Kerajaan bersedia untuk membantu dalam pelbagai cara, dan diharapkan mereka akan datang ke  Malaysia tidak lama lagi,” katanya. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • PENAMPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyampaikan penghargaannya kepada Presiden Parti Bersatu Sabah (PBS) Tan Sri Joseph Pairin Kitingan atas sumbangan besar beliau (Pairin) dalam perjuangan Barisan Nasional (BN) membangunkan Sabah dan negara ini.
  • PENAMPANG - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji beliau akan terus memberi tumpuan kepada pembangunan Sabah bagi memastikan negeri ini terus maju setanding negeri-negeri lain di Malaysia.
  • PUTRAJAYA - Kesederhanaan atau Wasatiyyah bukanlah hanya sebahagian daripada tradisi Malaysia tetapi ia merupakan keperluan bagi rakyat negara ini yang mempunyai pelbagai kepercayaan dan etnik, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.
  • PUTRAJAYA - Menteri Hal Ehwal Luar dan Kerjasama Antarabangsa Emiriah Arab Bersatu (UAE) Sheikh Abdullah Zayed Al-Nahyan membuat kunjungan hormat ke atas Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak di pejabatnya di sini, di sini.
  • KUALA LUMPUR - Hospital swasta di negara ini mempunyai peranan sebagai pemangkin kepada usaha perpaduan nasional, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.