KUALA LUMPUR – Ketua Setiausaha Kementerian Luar Datuk Seri Ramlan Ibrahim  melahirkan kekecewaan Malaysia kepada Kuasa Usaha Kedutaan Amerika Syarikat, Dean Thompson terhadap keputusan Amerika Syarikat mengiktiraf Baitulmuqaddis sebagai ibu negara Israel.

Ramlan bertemu Thompson di sini hari ini atas permintaan Kedutaan untuk memaklumkan mengenai keputusan Presiden Donald Trump itu pada Rabu, menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh Kementerian Luar di sini hari ini.

Semasa pertemuan itu, Ramlan berkata keputusan itu telah membakar sentimen umat Islam dan tidak menyumbang kepada keselamatan dan kestabilan rantau itu.

Ia juga menjejaskan usaha masyarakat antarabangsa ke arah mencari penyelesaian terhadap konflik Palestin-Israel dan akan membangkitkan lagi naratif-naratif radikal.

Ramlan mengulangi bahawa Malaysia akan terus bekerjasama dengan semua pihak dalam mencari penyelesaian yang adil lagi berkekalan terhadap konflik tersebut. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GUA MUSANG - ‘Semua salah saya sebab tak jaga pemakanan,” itulah kata-kata penyesalan yang diluahkan seorang penghidap kencing manis kronik di Felda Chiku 3, di sini.
  • PONTIAN - Tidak timbul isu kekurangan tanah bagi sektor tanaman nanas sekiranya tanah terbiar dianggarkan seluas 200,000 hektar di seluruh negara diusahakan dengan tanaman bernilai tinggi itu.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menzahirkan ucapan takziah kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Mohamad Fuzi Harun atas kematian isterinya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM), Petaling Jaya, semalam.
  • JOHOR BAHRU - Kerajaan sentiasa memandang serius mengenai pemilikan senjata api terutamanya dalam kalangan mereka yang berusia bagi mengelak insiden tidak diingini.
  • KUALA LUMPUR - Gesaan golongan tertentu agar orang ramai memboikot produk Coca-Cola akan hanya menjejaskan penduduk tempatan, kata Pengurus Negara Coca-Cola Malaysia, Ahmed Yehia