KUCHING – Malaysia, khususnya Sarawak boleh berjaya dalam ekonomi digital kerana rakyatnya celek IT, kata Menteri Kerja Raya Datuk Fadillah Yusof.

Menurut beliau, Malaysia berada di kedudukan ketiga di dunia yang celek IT dan pengguna internet yang sangat ramai.

Oleh sebab itu, belau berpendapat Malaysia boleh berjaya dalam ekonomi digital kerana ramai yang boleh menjalankan perniagaan secara atas talian.

Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis simbolik penyerahan ibadah korban kepada 69 surau, masjid, Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) dan Jawatankuasa Rukun Tetangga dalam kawasan Parlimen Petra Jaya.

Sehubungan itu, Fadillah menasihatkan golongan ibu bapa supaya mendorong anak masing-masing untuk mendapat pendidikan dan latihan yang boleh menjaminkan masa depan anak-anak mereka.

Menurut Fadillah, walaupun Malaysia sebuah negara membangun tetapi kedudukannya adalah tinggi di peringkat dunia.

“Banyak kejayaan yang sudah Malaysia cipta di peringkat dunia termasuk dalam bidang sukan, malah sistem pengangkutan awam MRT kita bertaraf dunia kerana ia bergerak tanpa pemandu dan dikawal oleh sistem komputeran,” katanya.

Beliau berkata kerajaan akan terus merancang dan melaksanakan pelbagai pembangunan dan pemodenan untuk memberi kehidupan yang lebih sempurna dan selesa kepada rakyat.

 Fadillah seterusnya menyatakan segala memakmuran yang dinikmati ketika adalah hasil pengorbanan semua pihak termasuk kerajaan dan rakyat. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya sedang mengkaji cadangan untuk memberi insentif kepada golongan profesion teknikal bagi mengiktiraf sumbangan mereka terhadap kemajuan infrastruktur negara.
  • LABIS - Daerah Segamat melakar sejarah tersendiri apabila terpilih sebagai projek perintis menggunakan Asfalt Terubahsuai Getah Bekuan (CMA) bagi projek membina semula Jalan Persekutuan dari Kampung Desa Temu Jodoh ke Kampung Kwong Sai, di sini.
  • KUCHING - Kerja-kerja pembinaan Hospital Petra Jaya di sini lewat 20 peratus daripada jadual tetapi kontraktornya telah memberi jaminan ia akan siap menjelang akhir tahun ini, kata Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Fadillah Yusof.
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Kerja Raya akan memperkenalkan prosedur operasi standard (SOP) baharu bagi kerja-kerja turapan jalan raya yang rosak, kata menterinya Datuk Seri Fadillah Yusof.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.