KUALA NERUS - Majlis Pengakap Malaysia dengan kerjasama Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional akan mengembangkan sayapnya dengan menubuhkan Majlis Pengakap Lebah di peringkat kebangsaaan tidak lama lagi.

Ketua Pesuruhjaya Pengakap Negara, Datuk Dr Mohamad Shahrum Osman berkata, projek perintis bagi Majlis Pengakap Lebah dilancarkan di Perlis baru-baru ini.

Katanya anggota Majlis Pengakap Lebah dianggotai anak-anak Tadika Perpaduan yang berumur antara empat dan enam tahun.

"Majlis Pengakap Lebah ditubuhkan di bawah National Blue Ocean Strategy bertujuan membentuk sahsiah anak-anak sejak di peringkat Tadika lagi," katanya kepada Bernama selepas merasmikan Korobori Pengakap Kebangsaan di Kem Pengakap Tengku Muhammad Ismail di sini.

Korobori selama lima hari yang bermula pada 30 Mei itu dihadiri kira-kira 3,000 peserta dan pengawai dari seluruh negara kecuali Sabah. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Pergerakan Pengakap Malaysia telah menerima kunjungan daripada Pegawai Eksekutif Pengakap di Ibu Pejabat Pengakap Negara United Kingdom, Matt Hyde, di sini, baru-baru ini.
  • KUALA LUMPUR - Seramai 56 orang peserta Persatuan Pengakap Malaysia (PPM) menyertai Bengkel Pemfailan Standard di sini, Ahad lalu.
  • KANGAR - Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail bertitah negara memerlukan pengakap yang berupaya memainkan peranan sebagai medium penyatuan dan perpaduan kaum di peringkat sekolah.
  • KAJANG - Ibu Pejabat Pertubuhan Pergerakan Pengakap Sedunia (WOSM) yang berpangkalan di Genneva, Switzerland akan berpindah ke Kuala Lumpur bermula tahun hadapan, kata Ketua Pengakap Negara, Datuk Seri Dr Shafie Mohd Salleh.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.