Anwar cabar Najib debat umum
Anwar Ibrahim

KUALA LUMPUR - Pertemuan antara Menteri Besar Kelantanm Datuk Seri Nik Aziz Nik Mat dan Datuk Seri Anwar Ibrahim berhubung isu keselamatan negara Israel akan berlangsung esok.

Naib Presiden Pas, Datuk Mahfuz Omar mengesahkan demikian pada sidang media di sini, hari ini, namun lokasi dan masa pertemuan itu tidak dimaklumkan.  

Pertemuan itu menjadi perhatian banyak pihak ekoran kenyataan kontroversi Ketua Pembangkang itu yang menyokong keselamatan negara Israel.   

Pada 13 Februari lepas, Nik Aziz menggesa Anwar supaya menarik balik kenyataan sokongan itu sekiranya benar dibuat atau menyaman Wall Street Journal sekiranya laporan itu salah.

Menjawab soalan apakah yang akan dilakukan Pas sekiranya Anwar tidak menarik balik kenyataan sokongan itu, Mahfuz berkata: "Itu kita tunggu hasil pertemuan mereka besok."

Sementara itu, Setiausaha Agung Parti Keadilan Rakyat (PKR) Datuk Saifuddin Nasution Ismail mengesahkan pertemuan telah ditetapkan esok.

"Saya mengaturkan pertemuan itu. Ia telah diatur. Hasilnya, kita akan maklumkan kepada media kemudian," katanya.

Anwar ialah Ketua Umum PKR.

Saifuddin enggan mendedahkan masa dan lokasi pertemuan kecuali berkata pihak media akan dimaklumkan mengenai hasil perjumpaan itu nanti. - Bernama


www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.