ALOR SETAR - Bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad antara individu yang rapat dengan Almarhum Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah, kerana saling mengenali sejak dibangku persekolahan.

“Kami kenal sejak kecil dan jarak usia hanya tiga tahun, jadi hubungan rapat. Antara kisah yang masih saya ingat sampai sekarang adalah masa sekolah terpaksa naik bas bersama Almarhum baginda dari Pulau Pinang, sebab tak ada kereta,” katanya, ketika ditemui hadir di Istana Anak Bukit.

Menurutnya, ketika itu, Almarhum tidak sedikit pun mengharapkan akan memerintah negeri namun siapa sangka baginda ditabalkan sebagai Yang Dipertuan Agong sebanyak dua kali.

“Baginda komited laksana amanah sehingga tempoh lima tahun berakhir, Almarhum amat mengambil berat masalah negara dan negeri Kedah,” katanya.

Mahathir yang kelihatan sebak berkata, hubungan rapat mereka tidak terjejas walaupun Almarhum ditabalkan sebagai Sultan Kedah, cuma kekangan waktu menyebabkan kurang berjumpa.

“Baginda ada ramai kawan dan sikap mesra itu tetap ada walaupun menjadi pemerintah negeri.

“Almarhum seorang individu yang berperwatakan menarik dan suaranya lembut, kadang sukar nak dengar, perlu rapat untuk dengar dengan jelas,” katanya.


 
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KLANG - Sultan Kedah, Sultan Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah mendahului senarai 103 penerima darjah dan bintang kebesaran Selangor sempena ulang tahun Hari Keputeraan ke-72 Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah, hari ini.
  • BALING - Memeluk Islam di hadapan Sultan Kedah, Sultan Abdul Halim Mu’adzam Shah sekitar 1986 adalah kenangan terindah buat 50 keluarga Orang Asli Ken Sieu dari Kampung Lubuk Legong, di sini.
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak merafak sembah tahniah kepada Tunku Sallehuddin Almarhum Sultan Badlishah atas pengisytiharan baginda sebagai Sultan Kedah yang baharu hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Mungkin ramai yang akan mengingati Almarhum Tuanku Sultan Abdul Halim Muadzam Shah kerana baginda dua kali dinobat sebagai Yang Di-Pertuan Agong.