SHAH ALAM - Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Abdul Rahman Dahlan mendakwa bahawa Penasihat Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tun Mahathir Mohamad masih berfikiran di takuk lama.

Menurutnya, Mahathir tidak dapat menerima hakikat ekonomi dan keperluan untuk Malaysia terus maju kini adalah berbeza seterusnya menerangkan kepentingan Pelaburan Terus Asing (FDI).

"FDI bukan sahaja mengenai pelaburan dalam industri pembuatan dan  untuk Malaysia melangkah ke fasa kemajuan ekonomi seterusnya sebagai negara berpendapatan tinggi, kita perlu memajukan sektor perkhidmatan.

"Di kebanyakan negara maju, industri perkhidmatan menyumbang sehingga 80 peratus kepada sektor pekerjaan dan Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) negara terbabit," katanya dalam satu kenyataan media hari ini.

Tambahnya lagi, Projek Forest City yang diserang Tun Mahathir berkali-kali menggunakan sentimen perkauman adalah contoh kepada FDI bagi sektor perkhidmatan.

"Tun Mahathir menulis melalui blog beliau mengatakan pelabur industri pembuatan dari luar akan tertarik dengan ‘rakyat Malaysia yang berkos rendah', pengecualian cukai dan tanah percuma.

"Bagaimanapun, Malaysia sewaktu di bawah pemerintahannya juga turut bergantung kepada pekerja asing bagi mengisi sektor pembuatan, ketika itu tiada pula rungutan kedengaran daripada beliau mengenai pengaliran keluar wang negara yang dianggarkan berjumlah RM20 Bilion setahun," katanyanya.

Sebelum ini, Mahathir mengeluarkan kenyataan mengenai isu Projek Forest City kononnya seramai 700,000 warga China akan dibawa masuk ke Johor di bawah projek itu dan diberi kewarganegaraan.

Menurutnya lagi, dakwaan bahawa Johor hanya menarik pelaburan FDI melalui jualan tanah warga asing adalah tidak benar.

"Kerajaan Johor dan Kerajaan Persekutuan tidak akan membenarkan hak rakyat Malaysia, terutama penduduk Bumiputera dicerobohi dan ini adalah janji yang akan tetap dipegang kukuh.

"Sementara itu,kita juga tidak akan membenarkan ahli politik menggunakan sentimen perkauman sebagai pertikaian untuk mensabotaj ekonomi negara ini dan meletakkan Johor serta Malaysia ke arah status negara pendapatan tinggi," katanya.

$content.code.value
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali tiba di kawasan kompleks beli-belah Maju Junction bersama suaminya, Tun Dr Mahathir Mohamad.
  • PUTRAJAYA - Bekas Timbalan Ketua Setiausaha (II) Kementerian Kewangan, Tan Sri Clifford Francis Herbert berkata, bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad memberi reaksi biasa semasa diberitahu tentang kerugian kira-kira RM30 bilion dialami Bank Negara Malaysia (BNM) pada 1993.
  • KULIM - Menteri Pendidikan Datuk Seri Mahdzir Khalid menyifatkan pihak yang menularkan isu gambar Perdana Menteri Malaysia keempat, Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dimasukkan dalam buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan sebagai sengaja mahu masyarakat menyalahkan kementeriannya.
  • PUTRAJAYA - Kementerian Pendidikan (KPM) menafikan dakwaan telah mengubah sejarah Malaysia apabila gambar Tun Dr Mahathir Mohamad tidak dimasukkan sebagai Perdana Menteri Malaysia keempat dalam buku Pendidikan Sivik dan Kewarganegaraan Tingkatan 3.
  • SHAH ALAM - Soalan mengenai sejarah Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Tun Dr Mahathir Mohamad yang pernah bersengketa ketika dahulu mencetuskan suasana yang agak panas dalam Program Nothing To Hide 2.0 hari ini.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.