KUALA LUMPUR - Bekas Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad hari ini melakukan kunjungan hormat ke atas Presiden Republik Czech Vaclav Klaus di hotel penginapannya di sini.
Dr Mahathir yang tiba pada 9 pagi ini meluangkan masa kira-kira setengah jam bertemu klaus.
Turut hadir Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar Datuk Seri Douglas Uggah Embas selaku menteri pengiring.
Dr Mahathir ketika ditemui pemberita kemudian, berkata beliau pernah bertemu Klaus pada 1996 yang ketika itu merupakan Perdana Menteri republik berkenaan dan sering berbincang mengenai pembangunan antara kedua-dua negara.
"Malaysia dan Republik Czech mempunyai banyak persamaan, antaranya dulu mereka juga menolak pinjaman dari Tabung Kewangan Antarabangsa seperti Malaysia," katanya.
Dr Mahathir juga berkata Malaysia dan Republik Czech berpotensi untuk menjalinkan kerjasama erat dalam bidang berkaitan perindustrian.
"Banyak peluang pelaburan untuk rakyat dari dua buah negara ini terokai pada masa akan datang," katanya.
Selepas pertemuan itu, Klaus bertolak ke Starhill, JW Marriott untuk merasmikan Forum Perdagangan dan Pelaburan Malaysia-Republik Czech.
Klaus tiba di sini pada Rabu untuk lawatan negara selama lima hari ke Malaysia, bagi memenuhi jemputan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu'adzam Shah. - Bernama
- Trafik arah Utara bergerak perlahan
- Sebahagian Lebuhraya Bukit Jalil ditutup Isnin ini
- Trafik sesak di beberapa lebuh raya tengah hari ini
- Rakyat Malaysia diseru bersedia hadapi 'gelombang' digital
- Debat : SPR enggan layan pembangkang
- SPR: Gambar 'Black Out' hari mengundi fitnah dan lakonan
- SPRM siasat kaitan rasuah dalam kes rogol bawah umur di Sabah
- Polis tahan 3 individu berhubung ceramah berbaur hasutan
- Siti Hanisah berjaya tawan puncak Everest
- Ambiga : 'Akta Hasutan sudah tidak relevan'




