JERAM – [VIDEO] Lima persatuan nelayan dipilih sebagai pusat simpanan bekalan ikan seluruh negara bagi memenuhi permintaan pasaran menjelang sambutan Tahun Baru Cina tidak lama lagi.

Pengerusi Lembaga Kemajuan Ikan Malaysia (LKIM), Datuk Seri Dr Irmohizam Ibrahim menjelaskan, lima persatuan nelayan dipilih adalah Persatuan Nelayan Kebangsaan (Nekmat), Persatuan Nelayan Kedah dan Persatuan Nelayan Besut.

Menurutnya, dua lagi adalah Persatuan Nelayan Serawak melibatkan tiga kawasan pusat simpanan di Bilik Sejuk Kuching, Miri dan Sibu manakala di Sabah melibatkan Persatuan Nelayan Kota Kinabalu.

“Inisiatif mewujudkan stok melalui persatuan nelayan ini diambil LKIM bagi menampung bekalan pasaran disebabkan jumlah pendaratan ikan tidak menentu.

“Jualan ikan harga patut juga akan diteruskan lagi di kawasan terpilih bahkan bekerjasama dengan pihak Fama untuk mengadakan jualan ikan harga patut di Shah Alam nanti sempena sambutan Tahun Baru Cina,” katanya.

Beliau berkata demikian sempena Program Jualan Ikan Segar Harga Patut di pekarangan rumah Pengerusi JKKP Kampung Bukit Kuching, Noh Buang, pagi tadi.

Hadir sama, Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) LKIM, Untong Keri,  Pengarah LKIM Selangor, Zulkarnain Asha'ari dan Pengarah Fama Selangor, Abdul Ghariff Ramin.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :