KUALA LUMPUR - Inisiatif Strategik Modal Insan bertujuan melahirkan kira-kira lima juta tenaga kerja mahir tempatan menjelang 2020, kata Menteri Sumber Manusia Datuk Seri Richard Riot Jaem hari ini.

Beliau berkata sasaran itu boleh dicapai menerusi pendidikan dan juga latihan semula pekerja tempatan.

"Meningkatkan kemahiran pekerja tempatan amat penting ke arah menambah baik mobiliti sosial dan kesejahteraan rakyat secara keseluruhan.

"Di sinilah rakan kongsi strategik seperti Perbadanan Tabung Pembangunan Kemahiran di bawah Kementerian Sumber Manusia memainkan peranan," katanya pada pelancaran Inisiatif Strategik Modal Insan Ke Arah Melahirkan Tenaga Kerja Berkemahiran Tinggi Menjelang 2020, di sini hari ini.

Pada masa ini terdapat kira-kira empat juta tenaga kerja mahir tempatan.   

Empat inisiatif berkenaan ialah Pusat Penempatan Keluar 1Malaysia (1MOC), Program Latih dan Ganti (T&R), Program Peningkatan Siswazah bagi Kebolehgajian (Generate) dan program latihan kemahiran industri untuk luar bandar (Raise). - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.