AUTA

Tular satu artikel mengenai pengurusan hasil negara yang dikatakan diambil dari sumber Group Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN).

Artikel sama turut menjadikan tajuk Analisa Bajet 2017 dan mengaitkan LHDN sebagai sumber penulisannya.

FAKTA

LHDN dalam satu kenyataan hari ini menafikan mengeluarkan artikel berkenaan.

Menurut rekod LHDN, artikel berkenaan telah ditularkan secara bermusim sejak 2015 dan beberapa penafian telah dikeluarkan oleh LHDN sebelum ini kerana ia secara sengaja mengaitkan nama lembaga itu.

Aduan rasmi telah dikemukakan kepada Biro Aduan Pengguna Suruhanjaya Komunikasi & Multimedia dan sedang dalam peringkat siasatan oleh pihak berkuasa berkenaan.  

Semakan lanjut telah dibuat terhadap isi kandungan artikel tersebut dan ia dipercayai bersumberkan satu artikel yang diterbitkan oleh sebuah akhbar milik sebuah parti politik.  

LHDN berpandangan artikel tersebut dikaitkan dengan LHDN secara tidak bertanggungjawab dan ditularkan  untuk menimbulkan keresahan dalam kalangan rakyat dengan analisa ekonomi yang tidak tepat.  

LHDN menasihatkan orang ramai merujuk portal rasmi LHDN  di www.hasil.gov.my, portal Kementerian Kewangan di www.treasury.gov.my dan agensi-agensi kerajaan berkaitan bagi mendapatkan analisa serta data-data ekonomi yang tepat dan sahih.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Sebanyak 16 pembayar cukai yang terdiri daripada 10 syarikat dan enam individu diisytiharkan muflis kerana gagal menjelaskan cukai tertunggak Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) sebanyak RM7 juta.
  • SHAH ALAM - Petron Malaysia (Petron) hari ini menafikan khabar angin yang mengatakan syarikat itu menawarkan harga petrol RON95 serendah RM1.85 seliter berbanding harga pasaran sebenar, RM2.31 seliter.
  • KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) menafikan menghantar e-mel meminta orang ramai mendedahkan butiran akaun bank bagi membolehkan transaksi bayaran balik lebihan cukai dilakukan LHDN.
  • KUALA LUMPUR - Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) mengutip cukai langsung RM63.82 bilion sehingga Julai lalu berbanding sasaran ditetapkan RM127.74 bilion tahun ini.
  • KUALA LUMPUR - Telefon pintar terbaru, tudung selebriti, langganan WiFi, keseluruhan langganan pakej Astro dan sebagainya bukan termasuk barangan kos sara hidup, kata Majlis Bekas Wakil Rakyat Malaysia (Mubarak).
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.