LENGGONG - Sebanyak 137,609 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) menikmati insentif diskaun bayaran balik pinjaman bagi tempoh 22 Oktober hingga 31 Oktober lalu.

Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah berkata, pembayaran balik dalam tempoh 10 hari selepas pembentangan Bajet 2017 itu melibatkan jumlah kutipan RM84.8 juta.

"Jumlah diskaun yang ditawarkan kepada semua peminjam itu adalah sebanyak RM12.1 juta," katanya kepada pemberita selepas menyampaikan waran Wang Pendahuluan Pembiayaan (WPP) kepada 120 pelajar dalam Parlimen Lenggong, Gerik, Padang Rengas dan Kuala Kangsar di sini hari ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika membentangkan Bajet 2017 pada 21 Oktober lalu mengumumkan kerajaan bersetuju untuk memberi insentif diskaun berkuat kuasa 22 Oktober sehingga akhir tahun depan bagi menggalakkan bayaran balik pinjaman.  

Menjelaskan secara lanjut bayaran balik yang dikutip, Shamsul Anuar berkata bagi diskaun 15 peratus penyelesaian penuh, seramai 5,002 peminjam menikmatinya dengan jumlah bayaran RM51.9 juta.  

"Selain itu, 1,025 peminjam menikmati diskaun 10 peratus bagi bayaran minimum 50 peratus daripada baki hutang dengan jumlah bayaran balik yang dikutip adalah RM8.9 juta," katanya.

Katanya bagi peminjam yang membuat bayaran konsisten melalui kaedah potongan gaji pula, seramai 131,582 orang menikmati diskaun sebanyak 10 peratus melibatkan jumlah RM23.8 juta.

"Sekiranya trend pembayaran balik ini berterusan kita harap dapat mencapai sasaran kutipan tahun 2016 sebanyak RM18.3 bilion berbanding kutipan setakat ini RM9.6 bilion," katanya. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak akan menaikkan kadar cukai bagi menampung kekurangan dana pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
  • LENGGONG - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) berjaya mengutip RM2.43 bilion iaitu lebih 60 peratus bayaran balik pinjaman daripada peminjam PTPTN sehingga Jun tahun ini, kata pengerusinya Datuk Dr Shamsul Anuar Nasarah.
  • KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) mensasarkan kutipan hutang lebih tinggi pada tahun ini, berdasarkan suasana semasa menunjukkan sikap peminjam yang semakin positif.
  • KUALA LUMPUR - Menteri Pendidikan Tinggi, Datuk Seri Idris Jusoh berkata, ramai peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang telah mempunyai pendapatan sengaja memilih untuk tidak membayar hutang mereka walaupun mampu berbuat demikian.
  • KUALA LUMPUR - Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) melancarkan Cabutan WOW! 20 Tahun kepada semua pendeposit yang membuat pembukaan akaun atau penambahan simpanan Skim Simpanan Pendidikan Nasional.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.