KUALA LUMPUR - Sebanyak 265 Projek Perumahan Penjawat Awam 1Malaysia (PPA1M) melibatkan 118,441 unit yang diluluskan di seluruh negara telah melepasi sasaran, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Beliau berkata kerajaan akan cuba menyediakan 200,000 unit menjelang 2018, satu jumlah yang jauh melebihi daripada sasaran asal 100,000 unit.

"Terdapat permintaan tinggi daripada penjawat awam. Kita semak semula sasaran daripada 100,000 kepada 200,000 supaya lebih ramai penjawat awam dapat memiliki rumah," katanya pada majlis penyerahan surat tawaran dan ramah mesra PPA1M Residensi Bayu Andaman, Bandar Sentul Utama, di sini hari ini.

Di bandar raya Kuala Lumpur sahaja, kata Ali, terdapat 15,172 unit PPA1M yang diluluskan untuk pembangunan, termasuk projek Residensi Bayu Andaman.

Projek itu dibangunkan Kumpulan Melati Ehsan di atas tanah seluas 1.08 hektar di mana 200 unit dibina dengan bantuan subsidi Kerajaan, manakala 400 lagi dijual di pasaran terbuka.

Ali berkata penyerahan kunci projek PPA1M fasa pertama di Putrajaya melibatkan 4,000 unit dijangka dibuat pada suku pertama tahun depan.

Katanya kerajaan akan mencari lebih banyak tanah sesuai terutamanya di Lembah Klang bagi memenuhi keperluan rumah untuk penjawat awam yang bekerja di ibu negara.

Beliau berkata PPA1M merupakan bukti kerajaan mengambil serius isu dihadapi penjawat awam terutama yang berpendapatan rendah dan sederhana untuk memiliki rumah sendiri. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • GEORGETOWN - Penjawat awam diingatkan agar tidak sewenang-wenangnya mengambil atau memohon cuti kecemasan (EL) yang akan mengganggu prestasi tugasan harian mereka.
  • KUALA LUMPUR - Penjawat awam bertaraf tetap dibenarkan memohon cuti tanpa rekod untuk menunaikan umrah maksimum selama tujuh hari iaitu sekali dalam tempoh perkhidmatan, berkuat kuasa 1 Jan depan.
  • SHAH ALAM - [DIKEMASKINI] Kerajaan digesa agar memperuntukkan satu peluang kerja daripada kekosongan jawatan tahunan diberikan kepada anak-anak golongan isi rumah berpendapatan rendah (B40).
  • ISKANDAR PUTERI - Lebih daripada 80,000 aspirasi masyarakat berkenaan Transformasi Nasional 2050 (TN50) telah diterima oleh kerajaan sejak ia dilancarkan Januari lepas, kata Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.
  • MELAKA - Negara memerlukan pegawai dan kakitangan awam yang mampu berfikir di luar kotak dalam berdepan dengan kehendak pelbagai lapisan masyarakat yang kini semakin mencabar, kata Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Datuk Azizah Mohd Dun.