KUALA LUMPUR – Lawatan rasmi Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak ke Amerika Syarikat (AS) atas jemputan Presiden Donald Trump merupakan satu pencapaian dalam banyak aspek kata naib ketua Pemuda Umno, Khairul Azwan Harun.

“Memandangkan hakikat bahawa AS adalah rakan dagangan Malaysia yang ketiga terbesar dengan eksport Malaysia ke AS berjumlah kira-kira AS$33 bilion, hubungan erat Perdana Menteri dengan Presiden Trump memastikan peluang-peluang pelaburan berterusan untuk manfaat kedua-dua negara,” kata beliau dalam satu kenyataan di sini, hari ini.

Khairul Azwan berkata Najib jelas dalam objektifnya memperkenalkan Islam yang sebenar iaitu sederhana dan progresif.

Ketika dunia terus menghadapi ancaman ekstremism Daesh yang semakin meningkat, Malaysia menjadi rakan kuasa-kuasa besar dalam mempertahankan identiti Islam yang sebenar.

“Sudah tentu, konsep Wasatiyyah yang dipekenalkan oleh Perdana Menteri kepada Malaysia akan terjalin dalam naratif global,” kata beliau.

Khairul Azwan menambah bahawa Najib telah memenuhi janjinya untuk membangkitkan kebimbangan berhubung penindasan sistematik ke atas  etnik Rohingya. Dalam hubungan ini, katanya, Malaysia memainkan peranan penting untuk memperjuangkan nasib mangsa-mangsa itu.

Merujuk kepada kenyataan oleh timbalan presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia Datuk Seri Mukhriz Tun Dr Mahathir dan naib presiden PKR Mohd Rafizi Ramli, Khairul Azwan berkata adalah jelas kenyataan kedua-dua mereka tidak mempunyai kebenaran dan semata-mata menentang demi mengekalkan “modus operandi menentang.

“Mukhriz dan Mohd Rafizi seolah-olah terdesak dalam membuat kenyataan dan mempunyai pemikiran yang cetek, sensasi dan kurang fakta untuk kekal relevan,” kata beliau. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak memperuntukan RM3 juta kepada pesara Polis Diraja Malaysia (PDRM) sebagai menghargai perkhidmatan mereka untuk negara sebelum ini.
  • KUANTAN - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak menyifatkan pembangunan modal insan secara holistik adalah faktor penting yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi mapan negara.
  • KUALA NERUS - Sebanyak enam insentif diumumkan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak kepada peneroka termasuk insentif khas berjumlah RM5,000 bersempena sambutan Hari Peneroka Felda 2017 semalam membuktikan kerajaan tidak pernah mengabaikan golongan Felda.
  • PEKAN - Universiti Malaysia Pahang (UMP) perlu menumpukan kepada teknologi pembinaan rel kereta api bertepatan dengan projek Landasan Keretapi Pantai Timur (ECRL) yang bakal dilancarkan September depan.