• Bajet 2013 Bajet 2013
1 /

KUALA LUMPUR - Laporan Audit Ketua Audit Negara 2011 akan dikeluarkan seminggu selepas pembentangan Belanjawan 2013, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz.

"Ini bagi membolehkan ruang perbahasan yang lebih panjang diadakan supaya pembentangan laporan audit tidak mencuri tumpuan belanjawan.

"Laporan sudah siap. Ia sedia untuk dikeluarkan dan setiap bahagian laporan ada penjelasan terperinci," katanya kepada pemberita di Lobi Parlimen hari ini.

Nazri berkata langkah itu juga bagi memberi peluang kepada anggota-anggota Dewan membincangkan dan memberikan lebih fokus tentang kedua-dua perkara ini (pembentangan belanjawan dan laporan audit.)

"Jadi tidak akan campur-adukkan antara pembentangan belanjawan dengan laporan audit," katanya.

Beliau berkata tahun lepas laporan audit juga dikeluarkan selepas pembentangan Belanjawan 2012.

Belanjawan 2013 dijadual dibentangkan pada 28 Sept ini. - Bernama