KUALA LUMPUR - Semua pihak perlu mengambil tanggungjawab dalam meningkatkan sistem keselamatan pusat pembelajaran di negara ini.

Ahli Parlimen Amanah Kota Raja, Dr Siti Mariah Mahmud berkata, pemeriksaan dengan lebih kerap dan tegas perlu dijalankan bagi memastikan keselamatan semua pihak terjamin.

"Khabar malang yang menimpa penghuni Pusat Tahfiq Darul Quran Ittifaqiyah pada awal pagi ini amat memilukan perasaan seisi rakyat negara ini.

"Saya juga berdoa agar keluarga mangsa diberikan kesabaran dan ketabahan menghadapi ujian berat ini. Sesungguhnya ini satu ujian yang cukup berat dan memedihkan," katanya dalam kenyataan hari ini.

Lebih 20 pelajar dan tenaga pengajar dilaporkan maut dalam kebakaran di Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah, hari ini.

Jabatan Bomba dan Penyelemat Kuala Lumpur berkata, kebakaran dipercayai bermula jam 5.10 pagi dari tingkat atas bangunan.

Difahamkan, semua mayat masih di lokasi kejadian.

Dalam pada itu, Siti Mariah juga memohon agar netizen tidak menyiarkan dan menyebarkan video dan gambar kebakaran bagi menjaga sensitiviti dan menghormati perasaan anggota keluarga dan semua pihak.

"Tanpa menuding jari menyalahkan sesiapa, saya juga berharap agar tragedi kebakaran ini diberi perhatian oleh setiap pihak.

"Hal ini demi melindungi nyawa para penghuni premis terbabit dan kita tidak mahu perkara yang sama berulang selepas ini," jelasnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - “Saya bukan tidak cukup kuat. Ya, saya masih mampu tersenyum, tetapi hati saya terlalu rindukan mereka."
  • SHAH ALAM - Seramai 20 keluarga waris mangsa korban kebakaran Pusat Tahfiz Darul Ittifaqiyah, Kampung Datuk Keramat menerima sumbangan antara RM1,000 hingga RM3,000 daripada Pertubuhan Kebajikan dan Amal Wanita Selangor (Pekawanis).
  • KUALA LUMPUR - Program kesedaran 'Parents Unite for Online Safety' merupakan aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) pertama dilaksanakan kerajaan dengan kerjasama syarikat korporat.
  • MELAKA - Semua pihak termasuk ibu bapa, sekolah dan masyarakat perlu saling membantu antara satu sama lain dan sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan keselamatan murid ketika berada di sekolah bagi mengelak daripada berlakunya insiden yang tidak diingini.
  • KUALA LUMPUR - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) akan melancarkan buku panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) khas untuk sekolah tahfiz di seluruh negara, Januari depan.