KUALA LUMPUR – Semua negeri diminta mula melaksanakan caj pencemaran  terhadap beg plastik yang digunakan peremis seperti pasar raya besar dan restoran dalam tempoh tiga tahun bermula 2019.

Menteri Tenaga, Sains, Teknologi, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Yeo Bee Yin berkata ini merupakan  sebahagian daripada Fasa Satu (2019-2021) pelan tindakan Kementerian ke arah  sifar penggunaan plastik 2018-2030 yang dilancarkan di sini hari ini.

“Kerajaan negeri boleh membuat keputusan tentang cara bagaimana ia akan dilaksanakan,” katanya.

Yeo berkata dana yang dikumpulan menerusi caj itu boleh digunakan antara lain untuk kempen kesedaran atau memberi beg membeli belah yang boleh diguna semula kepada orang ramai

Beliau juga menjelaskan bahawa skim tiada penggunaan straw di kedai makanan juga dapat menyumbang ke arah mengurangkan buangan sisa plastik. - Bernama