KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Zahid Hamidi mendedahkan Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) bakal kehilangan nilai pelaburan RM 3.86 bilion.

Zahid menerusi akaun Twitter miliknya menyatakan kejatuhan harga saham sejak PRU14 menyebabkan KWSP kehilangan nilai pelaburan susulan kerugian yang dialami Maybank sebanyak RM1.06 bilion, Axiata (RM990 juta), CIMB (RM730 juta) dan TM (RM690 juta).

Menurutnya, senario berkenaan amat membimbangkan kerana mampu memberi impak serta kesan langsung kepada keuntungan dan keupayaan untuk memberi pulangan yang tinggi kepada pencarum dan ahli.

“BN akan menggunakan pengalaman 61 tahun sebagai pemantau perjalanan kerajaan PH hari ini sebagai check and balance.

“Perjuangan pembangkang adalah untuk rakyat,” katanya dalam kenyataanya, tadi.