KUALA TERENGGANU - Yayasan Terengganu (YT) mencatat peningkatan bagi kutipan bulanan pinjaman pelajaran sekitar RM1.5 juta sebulan sejak tiga tahun lepas berbanding sekitar RM800,000 pada 2009.
Pengarah YT, Zakaria Yusof berkata dengan pelaksanaan strategi baru dalam pengurusan bayaran balik pinjaman pelajaran, kutipan bulanan didapati meningkat secara mendadak sejak tiga tahun lepas.
"Buktinya dengan jumlah kutipan purata bulanan ketika itu hanya dalam lingkungan RM800,000 meningkat kepada lebih kurang RM1.5 juta sebulan.
"Dalam tempoh sama bilangan peminjam yang menjelaskan pinjaman turut sama menunjukkan pertambahan," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Katanya kejayaan itu adalah hasil daripada perlaksanaan dua strategi utama yang menitik beratkan 'situasi menang-menang' iaitu mendidik peminjam dan juga meningkatkan kecekapan pengurusan YT dalam bayaran balik pinjaman.
Beliau berkata strategi YT itu memberikan kelonggaran atau peluang kepada peminjam untuk menstrukturkan semua jadual pembayaran khususnya kepada peminjam yang mempunyai tunggakan bayaran yang banyak.
Zakaria berkata sejak ditubuhkan 1972 hingga sekarang, YT dianggarkan menaja seramai 68,000 pelajar dengan jumlah perbelajaan melebihi RM531 juta.
Katanya daripada jumlah perbelanjaan tersebut, YT berjaya memungut balik RM195 juta sehingga sekarang manakala selebihnya masih melanjutkan pelajaran.
Katanya YT membelanjakan peruntukan RM100 juta setahun untuk menaja pelajar-pelajar ke institut pengajian tinggi awam dan swasta tempatan mahupun luar negara. - Bernama
Kutipan pinjaman pelajar YT meningkat suku pertama tahun ini
Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Fahaman Syiah: Kerajaan perlu tegas
- TPP tiada faedah: Pakar ekonomi
- TPP: Malaysia boleh tarik diri
- Polisi ekonomi negara tekan rakyat
- Terkejut harga roti canai biasa RM1.80
- Sejarah perlu ditulis semula
- TPP: Apa kerajaan sorok?
- Kementerian pantau penyakit akibat jerebu
- Bajet 2013: Bonus kakitangan awam ditambah satu bulan
- Kerajaan serah sebuah lagi KR1M
- Tidak salah makan kucing
- Agong lancar kampus MSU bernilai RM600 juta
- Cuepacs harap elaun rumah, sara hidup
- MB Kedah digesa siasat aksi lucah ahli majlis PBT
- Syiah menular secara senyap di Malaysia
- Bahas potong satu bulan gaji PM
- Dana RM40j: PKR mahu Bank Negara siasat 5 pihak
- Safee Sali cerai isterinya talak satu
- KTMB disaran laksana model perniagaan baru
- Bersih 3.0: Samad Said antara 6 mohon mahu jadi pencelah kes saman




