IPOH - Kurang makumat tentang ajaran Islam sebenar menyebabkan sesetengah orang berpandangan serong dan negatif terhadap agama dan umat Islam.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi berkata, Islam mengajar untuk melindungi hak setiap individu dalam masyarakat dan menggalakkan kasih sayang, toleransi, saksama, adil serta keamanan dalam perundangan, amalan dan doktrin.

"Jika anda perhatikan, apabila orang Islam berjumpa antara satu sama lain, mereka mengucapkan Assalamualaikum dan Walaikumussalam, yang bermaksud ‘selamat sejahtera ke atas kamu’ dan ‘selamat sejahtera ke atas kamu juga’.

"Ini menunjukkan soal aman dan sejahtera berakar umbi dalam kehidupan seharian umat Islam,” katanya dalam ucapan pada penutupan Persidangan Pemikiran dan Tamadun Islam Dunia ke-4 (WCIT 2017) di sini, hari ini.

Bertemakan ‘Keamanan Global’, persidangan selama dua hari bermula semalam anjuran Universiti Sultan Azlan Shah itu dihadiri perserta daripada lebih 15 negara.- Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :