KUALA LUMPUR - Sebanyak 60,000 aspirasi belia telah dikumpul sepanjang berlangsungnya program dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) sejak awal tahun lalu.

Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin Abu Bakar berkata, pelbagai aspirasi telah disuarakan oleh golongan tersebut, merangkumi pelbagai aspek untuk mencorakkan Malaysia dalam tempoh 30 tahun akan datang.

“Mereka telah memberi idea mengenai bagaimana corak ekonomi, persekitaran, alam sekitar, penglibatan industri ke arah Malaysia pada 2050.

“Ini adalah satu perkembangan positif yang diterima kerajaan bagi membentuk negara, bermula daripada idea rakyat untuk kerajaan, cuba terjemahkan untuk Malaysia yang lebih baik,” katanya ketika merasmikan program Kesedaran Keselamatan Atas Talian Celcom di ibu pejabat Celcom, di sini, semalam.

Menurutnya, beliau akan menghantar laporan aspirasi belia kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak bulan depan, bagi menyemak semua aspirasi tersebut.

Sementara itu katanya, terdapat 10 aspirasi berkait dengan syarikat korporat dan syarikat berkaitan kerajaan (GLC) dikenal pasti oleh pihaknya yang boleh dilakukan dengan kadar segera.

“Tak perlu kita tunggu sehingga dasar TN50 dilancarkan pada September.

“Celcom (Axiata) adalah contoh bagaimana sebuah organisasi korporat melihat aspirasi yang datang daripada rakyat Malaysia, melancarkan sebuah kempen bersama dengan kerajaan bagi menangani masalah masa hadapan,” katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Transformasi Nasional 2050 (TN50) adalah amat menyedihkan dan dikesali kerana ia menunjukkan bahawa bekas perdana menteri itu menolak aspirasi kolektif golongan muda Malaysia, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
  • KUALA LUMPUR - Tahun 2017 menandakan langkah permulaan perjalanan gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan penganjuran pelbagai siri penglibatan dan aktiviti-aktiviti wacana bertujuan mencetuskan aspirasi rakyat dalam mencorak pelaksanaan gagasan itu kelak.
  • KUALA LUMPUR - Malaysia bakal menjadi antara negara liga atasan dunia (premier league) dan bukan lagi negara di liga bawahan apabila semua yang dirancang dalam Transformasi Nasional 2050 (TN50) berjaya dilaksanakan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mempelawa penggiat industri di Perak untuk mengambil bahagian dalam sesi dialog TN50 di Ipoh pada Isnin.