LUMUT - "Kuarters kerajaan hanya boleh didiami oleh penjawat awam dan tidak boleh dijadikan sebagai tempat penginapan kepada warga asing," kata Timbalan Menteri Pendidikan II, Datuk Chong Sin Woon.

Beliau berkata mana-mana pihak yang melanggar syarat dan peraturan tersebut boleh dikenakan tindakan tegas.

Beliau berkata demikian sebagai mengulas laporan beberapa portal berita mengenai kuarters guru di Klian Intan, Pengkalan Hulu yang didiami warga Bangladesh sejak sekian lama.

Namun Chong yang juga Ketua Pemuda MCA berkata beliau tidak mempunyai maklumat mengenai perkara itu kerana belum menerima sebarang laporan.

"Saya belum menerima laporan dan tidak tahu jika menteri (Datuk Seri Mahdzir Khalid) sudah terima atau tidak," katanya kepada pemberita selepas merasmikan Mesyuarat Agung Tahunan Pemuda MCA Perak di sini, hari ini.-Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :