SEPANG - Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) sedang menyiasat laporan berhubung aduan pengguna terhadap stesen minyak Shell yang didakwa menjual petrol melebihi harga yang ditetapkan.

Menterinya, Datuk Seri Hamzah Zainuddin berkata, walaupun​ Shell telah mengeluarkan kenyataan permohonan maaf kerana masalah teknikal, pihaknya tetap menjalankan siasatan.

"Kesalahan tetap kesalahan. Kita akan siasat samada ia disengajakan atau tidak," katanya.

Menurutnya, beliau akan berjumpa dengan wakil Shell di kementerian itu di Putrajaya pada Isnin ini.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.