KUALA LUMPUR - [DIKEMASKINI] Kompleks Mahkamah Kuala Lumpur sekali lagi menjadi perhatian apabila bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijangka akan didakwa dengan 21 pertuduhan di bawah akta pengubahan wang haram yang berkaitan dengan dana 1MDB, RM2.6 bilion, hari ini.

Kawalan ketat dibuat bagi memastikan keselamatan dan perjalanan prosiding berjalan dengan lancar dan di pekarangan mahkamah, Unit  Anjing Pengesan (K9) turut bertugas.

Lebih 50 petugas media tempatan dan antarabangsa mula mengambil tempat masing-masing bagi melaporkan perjalanan kes hari ini.

Prosiding dijangka akan didengar di hadapan Hakim Mahkamah Sesyen, Azura Alwi.

Berikut adalah kronologi kes bekas perdana menteri itu hari ini.

8.50 pagi  - Kenderaan MPV jenis Alphard berwarna hitam yang membawa bekas perdana menteri itu dilihat keluar dari ibu pejabat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) diiringi kenderaan SPRM dan polis.

1.40 petang - Najib selesai beri keterangan di JSJK di Menara 238 di Jalan Tun Razak di ibu negara berhubung kes 1MDB dan kemasukan wang RM2.6 bilion ke akaun peribadi beliau.

1.45 petang- Najib tiba di Mahkamah Kuala Lumpur

1.50 petang -  Najib dibawa masuk ke Mahkamah Sesyen 9, bagi menghadapi 21 pertuduhan dihadapan hakim Azura Alwi.

2 petang - Pasukan pendakwaan dan pasukan peguam mula mengambil tempat di dalam mahkamah.

 - Galeri awam mahkamah pula dipenuhi 20 petugas media tempatan dan antarabangsa bangsa selain ahli keluarga Najib dan pegawai SPRM

2.08 petang - Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiba dan akan mengetuai barisan pembelaan.

Peguam Najib, Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah tiba dan akan mengetuai barisan pembelaan.

2.15 petang - Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM Datuk Seri Azam Baki  memasuki galeri awam mahkamah

2.26 petang -  Datuk Seri Najib Razak masuk ke kandang tertuduh.

2.30 petang -  Kes Najib bermula

2.37 petang - Prosiding ditangguhkan selama 15 minit kerana Muhammad Shafee meminta kertas pertuduhan diberikan kepada pihak peguambela.

2.45 petang - Kekecohan ditimbulkan oleh penyokong Najib yang mempersoalkan tindakan polis tidak memberi kebenaran untuk mereka memasuki pekarangan mahkamah. Anggota FRU bersiap sedia di pintu masuk