KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) telah memperkukuhkan sistem bekalan elektrik di 38 lokasi acara sukan dan 49 lokasi penginapan para atlet sebagai persiapan menjelang temasya  Sukan SEA dan Sukan Para ASEAN Kuala Lumpur 2017 (KL2017).

Pengurus Besar Kanan Rangkaian Pengagihan, Bahagian Pembahagian TNB Wan Nazmy Wan Mahmood dalam kenyataan hari ini berkata, lokasi kejohanan telah diteliti bagi memastikan sumber bekalan berada dalam keadaan baik dan stabil, serta pelan kontingensi telah dirangka sekiranya berlaku gangguan.

“Persediaan kami telahpun bermula sejak bulan Jun lagi, melibatkan infrastruktur penting seperti Pencawang Masuk Utama, Pencawang Pembahagian Utama, dan rangkaian sistem yang berkaitan.

“Seramai 139 warga kerja akan bertugas di Bilik Gerakan Ibu Pejabat di Wisma TNB, Jalan Timur, Petaling Jaya bagi memantau status bekalan elektrik sepanjang KL2017,” katanya.

Selain itu, beliau berkata, TNB akan membuka lima Bilik Gerakan Negeri yang beroperasi setiap hari dari 8 pagi hingga 12 malam di Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Langkawi, dan Terengganu.

Di samping itu, katanya, sejumlah 265 anggota kerja teknikal akan diletakkan dalam keadaan tunggu sedia di tapak manakala 60 lagi bertugas di pusat kawalan sistem bagi memastikan kelancaran temasya sukan berkenaan. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Bhd (TNB) sudah membuat persediaan di semua empangan hidroelektrik miliknya menjelang musim tengkujuh bagi memastikan proses pelepasan air secara terkawal dan mengikut Prosedur Operasi Standard (SOP).
  • KUALA LUMPUR - Bagi menyambut kemeriahan perayaan di negara ini, Tenaga Nasional Berhad (TNB) meraikan 250 anak yatim dan golongan kurang mampu melalui penganjuran Majlis Mesra Deepavali.
  • KUALA LUMPUR - Tenaga Nasional Berhad (TNB) bersiap sedia untuk menggerakkan Pasukan Bertindak Kecemasan yang akan bertugas 24 jam sekiranya berlaku banjir semasa musim tengkujuh ini.
  • PORT DICKSON - Projek bertaraf dunia milik Tenaga Nasional Berhad (TNB), jana kuasa elektrik Jimah East Power di Jimah Port Dickson, kini 70 peratus siap.
  • SHAH ALAM - Tenaga Nasional Berhad (TNB) ingin memaklumkan paras air di semua empangannya di seluruh Semenanjung berada pada tahap selamat walaupun hujan lebat melanda bahagian utara tanah air.