LUMUT - Kementerian Komunikasi dan Multimedia bertindak proaktif menjalinkan kerjasama dengan platform antarabangsa bagi memerangi penyebaran maklumat palsu dan telah menutup hampir 2,000 akaun palsu yang dikenal pasti di negara ini.

Menterinya Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak berkata tindakan itu dilakukan dengan kerjasama platform media sosial Facebook, Twitter dan Instagram.

"Tetapi soal akaun palsu akan berterusan kerana akaun palsu ini  dihoskan di luar negara‚Ķ Jadi kita harus bekerjasama dengan mereka dan kita mempunyai kerjasama yang baik," katanya pada sidang media selepas  merasmikan Persidangan Perwakilan UMNO Bahagian Lumut, di sini hari ini.

Menurut Salleh yang juga Bendahari UMNO, penyebaran berita palsu dan juga serangan ke atas individu-individu tertentu yang dilakukan melalui media sosial harus diberi perhatian kerana boleh memberi kesan negatif kepada masyarakat dan negara.

"Kalau mereka marah pemimpin, mereka buka akaun FB (Facebook) palsu dengan pakai nama samaran, lepas itu kritik mana-mana pemimpin yang mereka tidak minat, lepas itu padam akaun tersebut.

"Sebab itu hampir 2,000 akaun palsu telah kita kenal pasti dan kita padam," katanya. - Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Ekonomi Malaysia bertambah baik disebabkan kesan positif daripada tadbir urus dan dasar kerajaan sejak beberapa tahun kebelakangan ini.
  • PUTRAJAYA - Tawaran Pemuda Pakatan Harapan yang menjanjikan hak siaran percuma perlawanan bola sepak Liga Perdana Inggeris (EPL) kepada stesen Radio Televisyen Malaysia (RTM) disifatkan sebagai tidak realistik.
  • KUALA LUMPUR - "Masyarakat perlu bersedia menghadapi revolusi Industri Keempat (Industri 4.0) dan segala cabarannya untuk terus memajukan negara ini," kata Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
  • KUALA LUMPUR - Isu penyebaran berita palsu merupakan masalah yang dihadapi secara global ekoran revolusi teknologi komunikasi yang berkembang dengan pesat dan terlalu pantas, kata Menteri Komunikasi dan Multimedia, Datuk Seri Dr Salleh Said Keruak.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan tidak bercadang menggubal undang-undang khusus bagi mengekang penyebaran visual ngeri yang melibatkan kes seperti kemalangan jiwa dan tragedi oleh media serta orang ramai.