SHAH ALAM - "Kamu tunggu saya buat aduan pada Kementerian Kesihatan," berikut kata-kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berang apabila melihat satu promosi produk di laman Instagramnya.

Menurutnya, promosi tersebut adalah tipu dan tidak masuk akal.

"Tolong jangan promosikan produk 'fake' anda di Instagram saya. Tiada produk yang boleh tambah ketinggian untuk orang dewasa.

"Ini semua tipu dan awak salah pilih orang lah, tinggi saya 182CM kot," tulisnya.

Promosi tersebut melibatkan produk yang boleh menambahkan ketinggian menggunakan akaun Product_Sihat.My.

Sementara itu, netizen menyokong tindakan KJ  tersebut  seperti pengguna Instagram, Annadzir.

"Kan dah mendapat! Hello ini 'tall, dark and handsome' la," tulisnya.

Turut menyokong adalah pengguna Instagram, _mhd.Azim_.

"Hahaha, kan dah mendapat. Lagi satu, saya umur 13 tahun dan tinggi 170 CM,” tulisnya.

Ada juga netizen yang meminta agar KJ bersabar seperti pengguna Syawalfitri94.

"Sabar 'daddy' KJ, huhuhu," tulisnya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan telah berjaya mendekati lebih 1.5 juta belia di seluruh negara menerusi dialog Tranformasi Nasional 2050 (TN50) sejak ia diperkenal Januari lalu, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
  • SHAH ALAM - Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin berhak menapis kehadiran dan soalan daripada pihak media dalam majlis anjuran kementeriannya.
  • PUTRAJAYA - Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin mahu 29 duta belia Malaysia yang menyertai Program Belia Asia Tenggara dan Jepun (SSEAYP) berkongsi mengenai Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan belia dari negara lain.
  • KUALA LUMPUR - Pelaburan yang dibuat entiti kerajaan Malaysia di Amerika Syarikat atau di negara besar lain adalah demi memanfaatkan Malaysia dan rakyatnya, kata Ketua Pemuda Umno, Khairy Jamaluddin.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.