KUALA LUMPUR - Setiausaha Persekutuan Sabah Datuk Khazali Ahmad dilantik sebagai Ketua Pengarah Jabatan Kastam Diraja Malaysia yang baru mulai 22 Jun ini bagi menggantikan Datuk Seri Mohamed Khalid Yusuf yang menamatkan perkhidmatan.
Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Sidek Hassan, yang mengumumkan perkara itu dalam satu kenyataan hari ini berkata, pelantikan Khazali sebagai Ketua Pengarah Kastam yang baru, dibuat berdasarkan kelayakan, pengalaman, dan prestasi cemerlang beliau dalam bidang ekonomi, pengurusan cukai dan kewangan di sepanjang karier perkhidmatan beliau.
Katanya sebelum dilantik sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah, Khazali merupakan Timbalan Ketua Pengarah (Pengurusan) di Jabatan Kastam Diraja Malaysia.
Khazali, 56, berkelulusan Ijazah Sarjana Ekonomi dari Central State University, Oklahoma, Amerika Syarikat; dan Ijazah Sarjana Muda Ekonomi dalam bidang Ekonomi Pertanian dari Universiti Kebangsaan Malaysia.
Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 1 Dis 1981.
Sementara itu, Mohd Sidek turut mengumumkan pelantikan Ketua Pengarah Jabatan Perumahan Negara, Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) Datuk Abu Bakar Hassan sebagai Setiausaha Persekutuan Sabah yang baru mulai 22 Jun ini bagi menggantikan Khazali.
Abu Bakar, 57, berkelulusan Ijazah Sarjana Muda dalam bidang Pengajian Asia Tenggara dari Universiti Malaya.
Beliau menyertai perkhidmatan awam sebagai Pegawai Tadbir dan Diplomatik pada 26 Nov 1979, dan berpengalaman dalam bidang pentadbiran negeri dan wilayah serta pengurusan kerajaan tempatan menerusi karier perkhidmatannya.
Mohd Sidek turut merakamkan penghargaan dan terima kasih kepada Mohamed Khalid atas sumbangan dan khidmat bakti beliau kepada perkhidmatan awam dan negara selama 35 tahun, terutama sepanjang tempoh beliau memegang jawatan sebagai Ketua Pengarah Kastam. - Bernama
Khazali Ahmad dilantik ketua Pengarah Kastam
Artikel Berkaitan
- Sertai Seminar Pengubatan Islam esok
- Arab Saudi, Afrika minat guna teknologi SPNB
- KTMB disaran laksana model perniagaan baru
- JAS: 3 negeri kawasan larangan pembakaran terbuka
- Syarikat tempatan harus gunakan logistik halal
- Mesyuarat perundingan Bajet tumpu kewangan Islam
- Kad diskaun bantu rakyat tangani kos sara hidup
- Verdezyne kerjasama BiotechCorp
- Etihad Airways menang anugerah Skytrax
- Sejarah perlu ditulis semula
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.
- Fahaman Syiah: Kerajaan perlu tegas
- Polisi ekonomi negara tekan rakyat
- Cadang penjawat awam carum Perkeso
- Terkejut harga roti canai biasa RM1.80
- Cuepacs harap elaun rumah, sara hidup
- Bajet 2013: Bonus kakitangan awam ditambah satu bulan
- TPP tiada faedah: Pakar ekonomi
- Tidak salah makan kucing
- Kakitangan awam dapat satu kenaikan gaji tahunan
- Kementerian pantau penyakit akibat jerebu
- Safee Sali cerai isterinya talak satu
- Khalid tegur Syabas lagi
- TPP: Apa kerajaan sorok?
- Kerajaan serah sebuah lagi KR1M
- Jerebu timbulkan kebimbangan
- Anwar mungkin dipanggil
- MB Kedah digesa siasat aksi lucah ahli majlis PBT
- Sejarah perlu ditulis semula
- Syiah menular secara senyap di Malaysia
- TPP: Malaysia boleh tarik diri




