KUALA KANGSAR - Asas keyakinan diri merupakan komponen terpenting dalam memastikan seseorang individu itu berjaya mengharungi kehidupan dalam era Transformasi Nasional 2050 (TN50) yang bersifat global.

Menteri Besar Perak, Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata, asas keyakinan diri itu perlu dipupuk dari sekarang kerana TN50 bukan lagi cabaran berkaitan Malaysia sahaja tetapi dunia.

"TN50 juga adalah mengenai bagaimana anda semua nak berhadapan dengan keadaan yang terbentang luas pada waktu itu," katanya dalam ucapan pada Forum Transformasi Nasional 2050 (TN50) di Universiti Sultan Azlan Shah (USAS), di sini, malam tadi.

Selain itu, Zambry berkata, para belia merupakan tunjang utama yang menjadi penggerak dalam menentukan sebarang keputusan berkaitan hala tuju negara di era TN50.

Katanya pada ketika itu cabaran yang dihadapi berkemungkinan terarah kepada perubahan atau pengekalan sistem sedia ada meliputi pelbagai bidang.

"Di waktu itulah anda semua kena bertanya pada diri sendiri apakah masih lagi perlu bergantung kepada sistem sedia ada ataupun perlu berlakunya perubahan.

"Perkara ini tidak boleh dipandang mudah dan saya fikir kita semua terutama para belia perlu berfikir dari sekarang walaupun TN50 ini mengambil masa selama 33 tahun lagi untuk dilaksanakan," katanya.

Zambry berkata, kewujudan Pusat Kerjaya Aman Jaya (PEKA) dan Pusat Seni Koloni Karyawan Amanjaya (PORT) yang berfungsi selaku pembimbing turut membuktikan bahawa kerajaan negeri peka dengan kepentingan suara anak muda.

Katanya kedua-dua komponen itu akan menjadi nadi penting dalam membantu kerajaan menjayakan TN50 dengan memberi ruang serta bimbingan kepada anak muda. - Bernama
 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Sebanyak 60,000 aspirasi belia telah dikumpul sepanjang berlangsungnya program dialog Transformasi Nasional 2050 (TN50) sejak awal tahun lalu.
  • KUALA LUMPUR - Kritikan Tun Dr Mahathir Mohamad terhadap Transformasi Nasional 2050 (TN50) adalah amat menyedihkan dan dikesali kerana ia menunjukkan bahawa bekas perdana menteri itu menolak aspirasi kolektif golongan muda Malaysia, kata Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin.
  • KUALA LUMPUR - Tahun 2017 menandakan langkah permulaan perjalanan gagasan Transformasi Nasional 2050 (TN50) dengan penganjuran pelbagai siri penglibatan dan aktiviti-aktiviti wacana bertujuan mencetuskan aspirasi rakyat dalam mencorak pelaksanaan gagasan itu kelak.
  • KUALA LUMPUR - Malaysia bakal menjadi antara negara liga atasan dunia (premier league) dan bukan lagi negara di liga bawahan apabila semua yang dirancang dalam Transformasi Nasional 2050 (TN50) berjaya dilaksanakan, kata Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin.
  • KUALA LUMPUR - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (MITI) mempelawa penggiat industri di Perak untuk mengambil bahagian dalam sesi dialog TN50 di Ipoh pada Isnin.