SHAH ALAM - Ketua Pembangkang Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail, mengutuk sekeras-kerasnya tindakan Israel menutup Masjid Al-Aqsa kelmarin.

Dalam satu kenyataan, Wan Azizah berkata, penutupan itu bermakna umat Islam tidak dapat mengerjakan ibadat solat Jumaat di Masjid Al-Aqsa buat kali pertama dalam hampir lima dekad.

"Masjid Al-Aqsa merupakan masjid ketiga terpenting dan suci bagi umat Islam, dan merupakan juga satu tempat penting dan suci bagi penganut agama Kristian. Penutupan ini menandakan peningkatan ketegangan hubungan di antara Israel dan Palestin," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Terdahulu, Malaysia menerusi Kementerian Luar Negeri turut mengutuk tindakan Israel tersebut.

Dalam satu kenyataan, Kementerian Luar mendakwa, tindakan pihak berkuasa Israel tersebut yang menghalang orang Islam memasuki masjid tersebut turut melanggar  norma  dan undang-undang antarabangsa.

[ARTIKEL BERKAITAN: Tindakan tutup Masjid Al-Aqsa tak ikut undang-undang]

Mengulas lanjut, Wan Azizah berkata, walaupun isu keselamatan yang membawa kepada tindakan ini, namun penutupan Masjid Al-Aqsa tidak patut dijadikan peluang puak-puak radikal dan militan ekstremis untuk mengembangkan fahaman kejam mereka.

Justeru katanya, masyarakat antarabangsa perlu segera mengutuk penutupan ini, dan menggesa agar Masjis Al-Aqsa segera dibuka semula.

Menurut laporan berita, polis Israel menutup Masjid Al-Aqsa dan tidak membenarkan solat Jumaat diadakan selepas tiga penduduk Palestin dan dua polis Israel terbunuh dalam pertempuran bersenjata di perkarangan masjid itu.

Al Jazeera, saluran berita bebas negara Arab, melaporkan susulan insiden itu, polis Israel mengarahkan orang ramai beredar dari Masjid Al-Aqsa dan menutupnya kepada awam.

Sementara itu, Kementerian turut mendesak agar Israel segera membuka semula Masjid Al-Aqsa kepada para penganut Islam.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa kenyataan Pengerusi Asean tidak mencukupi dalam menangani krisis pembersihan etnik Rohingya di Myanmar.
  • KUALA LUMPUR - Ketua Pembangkang, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail mendakwa Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak tidak menjawab soalan dikemukakannya sewaktu sesi Pertanyaan-Pertanyaan Jawab Lisan di Parlimen, hari ini.
  • SHAH ALAM - Pelancaran terbaru peluru berpandu Korea Utara tengah malam tadi, disifatkan tindakan provokasi yang tidak mengurangkan ketegangan hubungan di Semenanjung Korea dan rantau ini.
  • SHAH ALAM - Pembangkang menggesa kerajaan untuk mengadakan satu mesyuarat tergempar Pertubuhan Kerjasama Islam (OIC) bagi meredakan krisis Saudi-Qatar.