•  Najib Tun Razak Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak ketika ditemubual oleh penyampai Melody FM, Chui Ling dalam segmen 'Melody FM Morning Boss' di Pusat Penyiaran Astro.
 - Foto Bernama
1 /

KUALA LUMPUR - Kerajaan sedang menimbangkan untuk membiayai kos infrastruktur bagi membolehkan pemaju swasta membina lebih banyak rumah di bawah harga pasaran, kata Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini.

Perdana menteri berkata beliau telah meminta Perbadanan Program Perumahan 1Malaysia (PR1MA) supaya berbincang dengan pemaju swasta untuk menyediakan model kedua pembinaan lebih banyak rumah mampu milik.

"Kita boleh mengadakan perjanjian sedemikian. Kita (kerajaan) akan menyediakan jumlah tertentu bagi kos infrastruktur, dengan syarat pemaju swasta membina rumah yang lebih rendah harganya berbanding harga pasaran," katanya. 

Najib berkata demikian semasa menjawab soalan penyampai radio Chui Ling dan Jentzen dalam temubual selama sejam program pagi radio 'Morning Boss', Melody FM di sini.

Beliau ditanya mengenai pendapatnya tentang isu harga rumah, yang dikatakan mahal di Lembah Klang.