KOTA BHARU - Kerajaan Pusat memberi jaminan tambang Projek Laluan Rel Pantai Timur (ECRL ) berpatutan dan tidak membebankan rakyat.

Pengerusi Majlis Tindakan Persekutuan Negeri Kelantan, Datuk Seri Mustapa Mohamed berkata, melalui projek berkenaan juga kerajaan akan memberi subsidi kepada rakyat sebagaimana sebelum ini melalui bidang pendidikan dan kesihatan dengan kewujudan hospital dan sekolah bersubsidi.

"Kita mahu memastikan tambang ECRL tidak membebankan rakyat dan projek ini adalah satu kemudahan yang disediakan Kerajaan Pusat kepada rakyat sepertimana projek Perkhidmatan Transit Aliran Massa (MRT) sebelum ini.

"Insya-ALLAH projek itu akan bermula di tapak seluas 14 ekar berhampiran Jabatan Pendidikan Kelantan di Tunjong, akhir bulan ini.  

"Kita memperuntukkan lima bilion di Kelantan dan belanjakan 10 peratus dari kos pembinaannya yang menelan belanja  kira-kira 55 bilion secara keseluruhannya yang menghubungkan kawasan pantai timur," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita di pejabat Jabatan Pembangunan Persekutuan (JPP) Kelantan selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tindakan Pembangunan Kelantan yang turut dihadiri Pengarah JPP Kelantan, Yahaya Mamat, di sini hari ini.

Mustapa yang juga Pengerusi BN Kelantan berkata, pihaknya amat menghargai usaha Kerajaan Negeri yang turut memberi kerjasama berhubung soal pengambilalihan tanah untuk kelancaran projek pembinaan ECRL.

"Kelantan menjadi negeri pertama di Pantai Timur yang memulakan proses pengambilalihan tanah bagi projek terbabit.

"Proses ambil alih kawasan itu melibatkan tanah seluas 1,100 ekar bagi pembinaan landasan sejauh 70 kilometer dan menghubungkan lima stesen di negeri ini, "katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri (Miti) menyasarkan 10,000 usahawan Perusahan Kecil dan Sederhana (PKS) meyertai Alibaba Group menerusi program Zon Perdagangan Bebas Digital (DFTZ) hujung tahun hadapan.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan, menerusi Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (Mida), berada di landasan untuk meraih pelaburan tambahan bernilai RM2 bilion bagi projek-projek dilulus yang mengguna pakai sistem bangunan berindustri (IBS) menjelang 2020.
  • KUALA LUMPUR - Proses memuktamadkan Perjanjian Kerjasama Ekonomi Komprehensif Serantau (RCEP) dijangka dilanjutkan sehingga pertengahan tahun depan ekoran kekangan masa selain banyak isu yang belum dibincangkan.
  • KUALA LUMPUR - Hubungan ekonomi yang kukuh dengan negara seperti Amerika Syarikat (AS) penting bagi Malaysia untuk mengukuhkan ekonomi dan meningkatkan prestasi perdagangan, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed.
  • KUALA LUMPUR - Bajet 2018 memberi perhatian yang cukup besar kepada usaha membangunkan industri perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dengan peruntukan melebihi RM20 bilion, kata Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.