TASEK GELUGOR - Kerajaan perlu mengadakan penerangan yang lebih jelas mengenai fahaman Syiah terutama sejarah dan matlamat penubuhannya supaya masyarakat faham mengapa ajaran itu mesti ditentang habis-habisan. 
   
Menegaskan demikian anggota Parlimen Tasek Gelugor Shabudin Yahaya berkata beliau percaya masih ramai yang tidak sedar tentang bahaya fahaman tersebut kepada masyarakat Islam di negara ini dan seluruh dunia.
   
Beliau bercakap kepada pemberita selepas menyampaikan sumbangan zakat perniagaan Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) kepada 300 penerima yang terdiri daripada ahli Pertubuhan Peladang Kawasan (PPK) Lahar Bubu di sini, hari ini.
   
Setiap anggota PPK itu yang rata-ratanya terdiri daripada warga emas menerima sumbangan wang tunai sebanyak RM150 sebagai bantuan untuk menyambut Aidilfitri. 
 
Shabudin mendakwa fahaman Syiah di negara ini dikesan telah berkembang menggunakan kaedah baru bagi menarik lebih ramai pengikutnya.
   
"Dulu fahaman Syiah dikesan banyak berkembang menerusi Institusi Pengajian Tinggi (IPT) sehingga menyebabkan ramai kakitangan dan pelajar terjebak dengan fahaman itu," katanya.
   
Kini penyebar fahaman itu bergerak menerusi parti politik dengan menjadikan pemimpin parti berkenaan sebagai penggerak utama, kata beliau. - Bernama

 
Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA BHARU - Istiadat Pemasyhuran Pemangku Raja Kelantan, Dr. Tengku Muhammad Fa-iz Petra sebagai Canselor baharu Universiti Malaysia Kelantan (UMK) berlangsung penuh istiadat dan gemilang di Dewan Keusahawanan, Kampus Kota UMK di Pengkalan Chepa, di sini.
  • KUALA LUMPUR - Kelewatan pelaksanaan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Lembangan Sungai Pinang di Pulau Pinang berpunca daripada isu pengambilan semula tanah di kawasan berkenaan.
  • SEREMBAN - Pelawak terkenal, Nabil Ahmad dipilih sebagai Duta Rumah Ngaji Negeri Sembilan, sempena Pelancaran My Family#QuranHour ‘Rahsia Luqman’ Interaksi Surah Luqman di Bangunan Majlis Agama Islam Negeri Sembilan (Mains) semalam.
  • SHAH ALAM - Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (Fama) bakal menganjurkan jualan dengan konsep Empayar Makanan dan Fruit and Flower Kingdom sempena Hari Peladang, Penternak dan Nelayan Kebangsaan (HPPNK) 2017 bermula 28 September hingga 1 Oktober, ini.
  • KUALA LUMPUR - Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri, Datuk Seri Mustapa Mohamed akan mengetuai misi perdagangan dan pelaburan ke Arab Saudi dan Turki mulai 25 hingga 28 September 2017.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.