PUTRAJAYA - Keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur hari ini yang menolak semakan kehakiman oleh kerajaan negeri Selangor berhubung Kajian Semula Persempadanan Bahagian-Bahagian Pilihan Raya bagi negeri Selangor, menunjukkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah melaksana tugas dengan telus selaras dengan kehendak perundangan.

Pengerusi  SPR Tan Sri Mohd Hashim Abdullah berkata SPR berpandangan keputusan yang dibuat oleh mahkamah adalah tepat.

“Keputusan ini membuktikan bahawa SPR telah menjalankan proses urusan persempadanan semula bagi kesemua Negeri-Negeri Tanah Melayu dengan telus selaras dengan kehendak perundangan,” katanya dalam kenyataan di sini.

Mohd Hashim berkata keputusan itu juga secara tidak langsung menafikan tuduhan pihak berkenaan terhadap SPR yang didakwa melaksanakan proses ini atas dasar kepentingan pihak-pihak tertentu.

Namun begitu, katanya, mahkamah telah membenarkan permohonan kerajaan negeri Selangor untuk menggantung proses inkuiri tempatan bagi kawasan Parlimen  dan Dewan Undangan Negeri (DUN) Selangor, sehingga rayuannya diputuskan.

Justeru, beliau berkata SPR akur dengan keputusan tersebut dan akan mematuhinya sehinggalah proses perundangan berkaitan kes berkenaan selesai sepenuhnya atau keputusan sebaliknya diputuskan, sekiranya terdapat sebarang rayuan difailkan oleh pihak-pihak terlibat. - Bernama

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KOTA KINABALU - Seorang peniaga wanita direman empat hari bermula hari ini bagi membantu siasatan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) Sabah, berhubung kes sogokan bernilai RM1,200 terhadap pegawai polis trafik.
  • KUALA LUMPUR - Pemerhati Rasuah Malaysia (MCW) hari ini menyelar Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng yang dikatakan cuba mengganggu gugat atau mempersoal kredibiliti Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) dalam menjalankan tugas menyiasat dan mencegah rasuah.
  • PUTRAJAYA - Dua pegawai polis Jabatan Siasatan Jenayah Komersial (JSJK) Bukit Aman ditangkap Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) kerana disyaki meminta suapan RM40,000 bagi menyelesaikan satu kes komersial.
  • PUTRAJAYA - Tujuh individu termasuk pegawai syarikat pemaju hartanah direman lima hari bagi membantu siasatan berhubung kes rasuah membabitkan tuntutan bayaran penuh bagi kerja penyelenggaraan landskap bernilai RM44 juta.
  • PUTRAJAYA - Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melantik empat tokoh masyarakat dalam kalangan golongan profesional sebagai Penasihat Kehormat kepada Ketua Pesuruhjaya SPRM.