KUALA LUMPUR - Program kesedaran 'Parents Unite for Online Safety' merupakan aspirasi Transformasi Nasional 2050 (TN50) pertama dilaksanakan kerajaan dengan kerjasama syarikat korporat.

Menteri Belia dan Sukan Khairy Jamaluddin berkata program dengan kerjasama Celcom Axiata Berhad merupakan kempen keselamatan  dalam talian untuk generasi muda, dilaksanakan lebih awal walaupun TN50 hanya akan dilancarkan September ini.

"Ia antara idea yang datang daripada dialog TN50 sejak tahun lepas. Ada banyak lagi tetapi Celcom yang pertama menyahut aspirasi ini untuk dilaksanakan sebelum pelancaran TN50 sendiri," katanya pada perasmian program 'Parents Unite for Online Safety' di Menara Celcom di sini.

Turut hadir Ketua Pegawai Eksekutif Celcom Axiata Berhad, Michael Kuehner.

Melalui program tersebut 175 Pusat Internet 1Malaysia (PI1M) di seluruh negara akan dilengkapi KidSafe, iaitu aplikasi penapisan Internet.

Program tersebut turut mendapat kerjasama pertubuhan bukan kerajaan, Brainy Bunch International Islamic Montessori, Protect and Save Children dan Kumpulan Wanita IKRAM.

Maklumat lanjut mengenai program tersebut boleh didapati di www.celcom.com.my/personal/services/kidsafe

Sementara itu, Khairy berkata terdapat beberapa lagi aspirasi janaan TN50 dengan kerjasama syarikat swasta dan syarikat berkaitan kerajaan akan diumum dalam masa dua hingga tiga minggu akan datang.

"Ia akan dilaksanakan sebelum aspirasi belia TN50 dilancarkan awal bulan depan," katanya. –Bernama

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • JOHOR BAHRU - Cadangan kerajaan Malaysia untuk memperkenalkan pusat pemeriksaan imigresen dan kastam tunggal di Tambak johor merupakan idea yang baik.
  • BAGAN DATUK - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi menggesa rakyat agar tidak terpengaruh dengan kempen undi rosak yang ditularkan oleh pihak tertentu dengan tujuan merosakkan proses demokrasi di negara ini.
  • MELAKA - Semua pihak termasuk ibu bapa, sekolah dan masyarakat perlu saling membantu antara satu sama lain dan sedar akan tanggungjawab masing-masing dalam memastikan keselamatan murid ketika berada di sekolah bagi mengelak daripada berlakunya insiden yang tidak diingini.
  • KUALA LUMPUR - Institut Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan Negara (Niosh) akan melancarkan buku panduan Keselamatan dan Kesihatan Pekerjaan (KKP) khas untuk sekolah tahfiz di seluruh negara, Januari depan.