ALOR SETAR - Tuah menyebelahi sepasang suami isteri dari Taman Desa Kenangan, di sini,  apabila menang RM1,000 selepas tiga bulan menyertai Peraduan Rakyat 1Malaysia (PR1M).

Suri rumah, Siti Fatimah Othman, 33, berkata, suaminya yang bekerja sebagai pembantu operasi Sekolah Kebangsaan (SK) Seberang Perak, mula serius menjawab soalan peraduan setiap hari sejak Oktober tahun lepas.

Katanya sebelum ini, suami, Sinardi Yahya, 40, hanya menghantar penyertaan sekali-sekala. Namun, kemenangan orang lain memberi motivasi untuk cuba setiap hari.

“Alhamdulillah, sememangnya tidak rugi membaca dan membeli Sinar Harian setiap hari, kerana akhirnya kami menerima wang kemenangan itu,” katanya.

Katanya, soalan mudah dan kejayaan pemenang PR1M terdahulu memberi semangat untuk mereka untuk mencuba nasib sehingga berjaya.

Siti Fatimah juga bersyukur, kerana wang kemenangan diterima dapat digunakan untuk menghantar anak sulungnya belajar kelas al-Quran dan fardu ain (Kafa) di Pusat Fardu Ain Taman Syed Mohamad.

Fatimah berkata, mereka sekeluarga berharap akhbar Sinar Harian dapat menganjurkan peraduan sedemikian di masa akan datang.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.