KUANTAN - Kelab Pembinaan CIDB (Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan) yang diperkenal sejak setahun lepas dalam usaha memberi pendedahan awal mengenai kerjaya dalam industri pembinaan di kalangan pelajar sekolah, berjaya menarik keahlian lebih 1,500 pelajar di seluruh negara.
Pengarah CIDB Suhaimi Mansor berkata sehingga kini 54 buah kelab itu ditubuhkan di sekolah-sekolah menengah di seluruh negara.
"Selain memberi pendedahan kepada pelajar, penubuhan itu juga antara lain bertujuan membantu CIDB mendapatkan peserta dalam programnya pada masa depan terutama dalam aspek kemahiran pembinaan," katanya kepada pemberita pada majlis pelancaran Kelab Pembinaan CIDB Peringkat negeri Pahang di Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Mat Kilau di sini.
Beliau berkata kelab itu memberi ruang dan peluang kepada pelajar untuk mendalami ilmu kemahiran dengan lebih jelas serta tunjuk ajar dari kontraktor yang dilantik di setiap sekolah terpilih.
Di Pahang, sebanyak tujuh sekolah dipilih bagi penubuhan kelab itu iaitu SMK Mat Kilau, SMK Dato' Mahmud Mat, SMK Peramu Jaya, SMK Chini, SMK Chini 2, SMK Karak Setia dan SMK Semambu.- Bernama
- Adnan Yaakob pegang 6 portfolio
- Lam Thye : Guna saluran betul jika tidak puas hati
- Ismail Abd Mutallib Timbalan Menteri Sumber Manusia baru
- Majlis angkat sumpah exco Pahang esok
- Adnan angkat sumpah Menteri Besar Pahang untuk penggal ke-4
- Usah cabar polis: KPN
- PM diminta selaras cuti pada 5 Mei di semua negeri
- Ikatan kukuh rakyat, tentera
- Najib: Insiden Lahad Datu 'satu kejutan' era pasca-1989
- Semua jurulatih PLKN diberi pelepasan pada hari mengundi




