SHAH ALAM – Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu), Tan Sri Muhyiddin Yassin bersama Timbalan Presiden Bersatu, Datuk Seri Mukhriz Mahathir akan ke Santubong, Sarawak untuk memberi penghormatan terakhir kepada bekas Ketua Menteri Sarawak, Allahyarham Tan Sri Adenan Satem.

Mengakui terkejut dengan berita itu, Muhyiddin menyifatkan Adenan sebagai pemimpin yang tegas, adil dan berjiwa rakyat.

“Pemergian Allahyarham merupakan kehilangan besar buat keseluruhan rakyat Sarawak dan Malaysia.

“InsyaALLAH saya bersama Mukhriz akan ke rumah Allahyarham di Santubong untuk ziarah jenazah serta mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham,” katanya dalam kenyataan, hari ini.

[ARTIKEL BERKAITAN: Ketua Menteri Sarawak meninggal dunia]

Beliau dalam masa sama turut mengucapkan takziah ke atas keluarga dan rakyat Sarawak atas pemergian Adenan.           

Adenan,72, disahkan meninggal dunia akibat sakit jantung.

www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.