PETALING JAYA - Presiden Amanah, Mohamad Sabu memuji rakyat Malaysia kerana membuat perubahan demokrasi tanpa pertumpahan darah.

"Terima kasih juga kepada Ketua Setiausaha Negara, Ketua Polis Negara dan Panglima Angkatan Tentera kerana menerima pilihan rakyat pada pilihan raya lalu," katanya dalam ucapan Himpunan Merdeka Rakyat di sini, malam.

Mat Sabu dinamakan sebagai Menteri Pertahanan turut melahirkan penghargaan kepada anggota keselamatan kerana bertindak mengikut undang-undang termasuk menyekat bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak ke luar dari Malaysia.

"Mereka (anggota keselamatan) dah ikut undang-undang termasuk sekat Najib keluar dari Malaysia.

"Kita bukan nak balas dendam tapi siasat secara individu," tambahnya.

Menurutnya, mulai 10 Mei lalu, kerajaan Harapan telah mula dinilai seperti menilai kerajaan terdahulu.

Mat Sabu berkata, pada PRU14 lalu, Anwar masih di penjara, jika sudah keluar pastinya Harapan akan beroleh kemenangan lebih besar.

"PRU14 lalu, Anwar di ‘dalam' kalau dah di luar kita akan menang lagi besar," katanya sambil menjerit reformasi.