PUTRAJAYA - Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak berkata, banyak inisiatif diperuntukkan bagi penjawat awam untuk Bajet 2018 nanti.

Beliau menulis perkara tersebut di laman Facebook miliknya.

"Sebagai tonggak utama dalam arus pembangunan negara, kebajikan dan keperluan penjawat awam sentiasa menjadi keutamaan kerajaan.

"Banyak yang telah dilaksanakan bawah #Bajet2017 bagi menggalakan penjawat awam memiliki rumah sendiri.

"Untuk inisiatif baru bagi tahun akan datang, ikuti ucapan Bajet 2018," tulisnya.

Pembentangan Bajet 2018 akan dibentangkan pada 27 Oktober ini.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • KUALA LUMPUR - Persatuan Pemilik Kapal Malaysia (MASA) menyambut baik pelepasan Cukai Barang dan Perkhidmatan (GST) bagi pengimportan kapal, serta peruntukan RM3 bilion di bawah Dana Pembangunan Pengangkutan kerana akan menjadikan pembelian kapal lebih murah dan membolehkan pengendali menambah kapal.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan akan menyediakan pelbagai inisiatif untuk membantu rakyat menjana pendapatan, termasuk menyediakan pinjaman mudah sebanyak RM120 juta, kepada 1,000 usahawan Food Truck 1Malaysia dan Mobile Food Kiosk 1Malaysia, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan Persekutuan akan menyediakan dana RM3.5 bilion bagi menyemarakkan lagi industri pelancongan negas bagi tahun 2018, juta Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • KUALA LUMPUR - Kerajaan akan memperkemas infrastruktur logistik dan pengangkutan untuk memastikan limpahan ekonomi yang seimbang antara bandar dan luar bandar, kata Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.
  • KUALA LUMPUR - Defisit fiskal diunjur mengecil pada 2.8 peratus atau RM39.8 bilion daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) pada tahun depan berbanding 3.0 peratus (RM39.9 bilion) pada 2017.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.