Logo 3 beradik perlu bantuan
3 beradik menghidap penyakit kronik dan memerlukan rawatan serta
penjagaan rapi perlu bantuan

SHAH ALAM – Keadaan Nurul Huda Zanery, 12, yang menghidap penyakit tiroid tahap empat semakin membimbangkan.

Ibunya, Adiana Othman, 34, berkata, anaknya itu tidak lagi mampu bertahan menggunakan ais batu bagi mengurangkan batuk berdarah yang dialaminya.

Menurutnya, penyakit dihidapinya semakin serius sehinggakan mereka terpaksa membawa Huda pulang dari sekolah semalam, kerana batuk berdarah yang kritikal berbanding sebelum ini.

“Keadaan cuaca panas sejak kebelakangan ini menyebabkan Huda kerap kali mengunyah ais batu bagi mengurangkan sakit di tekaknya,” katanya. Adiana berkata, sebelum ini doktor menasihatkan pembedahan Huda dilakukan secepat mungkin jika tidak memberi risiko yang tinggi kepadanya.

“Disebabkan faktor kewangan kami terpaksa tumpu pembedahan kanser tulang Nurul Fatihah terlebih dahulu,” katanya.

Sementara itu, Nurul Fatihah, 8, yang dilaporkan demam selepas menerima rawatan di Pusat Perubatan Universiti Malaysia (PPUM) kelmarin, setakat ini stabil.

Sementara itu, seorang lagi anaknya, Muhammad Amir, 11, yang mengalami penyakit saraf tunjang kongenital dan masalah saluran kencing dalam keadaan baik.

Sejak kisah tiga beradik menghidap penyakit kronik disiarkan Sinar Harian sumbangan orang ramai meningkat RM26,800 hingga petang semalam.

Mereka yang ingin menyumbang boleh hubungi Adiana , 013-2934873 atau ke akaun Maybank milik Adiana 162508103642.

Artikel Berkaitan
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.