KAUNTER pertanyaan khas untuk pelancong China di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) dan KLIA2 telah dibuka baru-baru ini. 

Kaunter tersebut disediakan bagi membantu melancarkan urusan pelancong negara itu di kedua-dua lapangan terbang tersebut. 

Ia juga dapat menyelesaikan masalah komunikasi antara pelancong China dengan pegawai Jabatan Imigresen.

Tinjauan wartawan Nanyang Siang Pau mendapati, kaunter itu terletak berdekatan Pusat Pemeriksaan Imigresen di KLIA dan KLIA2, serta mempunyai dua pegawai yang fasih berbahasa Mandarin dan bahasa Inggeris ditugaskan di situ.  

Sehingga hari ini, seramai 3.4 juta rakyat China telah melancong di negara ini dan sasarannya ialah seramai lapan juta pelancong China akan melancong ke Malaysia menjelang 2020.

 

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • YAYASAN Gerakan Kesederhanaan Global (GMM) berharap boleh menjadi penghubung yang berpengaruh bagi mengeratkan persefahaman dan saling hormat-menghormati antara satu dengan lain.
  • PENJELASAN yang dibuat Menteri Kewangan kedua, Datuk Seri Johari Abdul Ghani mengenai harga minyak hanya naik satu sen sejak kerajaan melaksanakan sistem apungan harga minyak setiap minggu menerima kecaman daripada netizen.
  • PENYUSUTAN nilai ringgit dan kenaikan harga minyak petrol menjadi dua faktor utama menyebabkan peniaga di negara ini terus tertekan dengan peningkatan kos sehingga hari ini.
  • PROGRAM Transformasi Kerajaan (GTP) dan Program Transformasi Ekonomi (ETP) yang dicetuskan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pada 2010 antara lainnya ialah memastikan negara kita muncul sebagai negara berpendapatan tinggi menjelang 2020.
  • KERAJAAN didakwa tidak menyediakan kemudahan perubatan yang lebih baik apabila peruntukan membeli ubat-ubatan semakin hari semakin berkurangan.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.