SHAH ALAM - Kadar inflasi negara mencatatkan kadar tertinggi dalam tempoh hampir sembilan tahun apabila indeks harga pengguna (CPI) pada Mac 2017 mencatatkan kadar 5.1 peratus.

Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK), Nik Nazmi Nik Ahmad mendakwa, jabatan statistik menyatakan peningkatan ini disebabkan antara lain peningkatan harga pengangkutan, makanan, perumahan dan utiliti.

Menurutnya, kos sara hidup yang tinggi ini membebankan golongan berpendapatan rendah dan golongan pertengahan.

"Ketika kadar pendapatan per kaputa diumumkan meninhkat daripada RM36,078 bagi tahun 2015 kepada RM37,738 bagi tahun 2016, kita wajib bertanya siapa dan berapa ramai yang mengalami peningkatan per kapita.

"Bantuan wang tunai yang diberikan saban tahun menunjukkan dasar itu tidak berkesan kerana jumlah keseluruhan agihan yang diberi meningkat menggambarkan semakin ramai memerlukan tambahan kewangan," katanya dalam Kongres Nasional AMK Tahunan Ke-12, di IDCC, hari ini.

Beliau berkata, kedudukan Malaysia kini dilihat terumbang-ambing kerana faktor-faktor tersebut.

Katanya, hari ini, tiada rakyat yang menyebut Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST) tanpa nada sinis.

Malah, kenyataan menteri yang cuba menjustifikasikan bahawa GST boleh menurunkan harga barang hanya tinggal sebagai jenaka umum.

"Hakikatnya, kuasa beli rakyat merosot. Peluang kerja, kadar upah dan gaji tidak banyak berubah. Inilah punca sebenar mengapa hutang isi rumah dan kos sara hidup begitu tinggi," katanya.

Artikel berkaitan yang patut anda baca :
  • SHAH ALAM - Kadar inflasi antara bandar dan kampung dalam tiga bulan pertama tahun ini adalah sama, iaitu 4.2 peratus yang mendorong harga barangan antara kedua-dua kawasan itu tidak menunjukkan perbezaan ketara.
  • KUALA LUMPUR - Inflasi Malaysia mungkin susut sedikit pada Ogos kepada 2.9 peratus tahun ke tahun berbanding 3.3 peratus pada Julai, kata Standard Chartered Bank Research hari ini.
  • KUALA LUMPUR - Kadar inflasi Malaysia dijangka meningkat lagi sehingga September, sebelum stabil ke arah penghujung tahun, kata Alliance Research.
  • KUALA LUMPUR - Bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad menggesa kerajaan mengurangkan inflasi supaya manfaat sebenar pertumbuhan ekonomi dapat dinikmati oleh rakyat.
www.sinarharian.com.my tidak bertanggungjawab di atas setiap pandangan dan pendapat yang diutarakan melalui laman sosial ini. Ia adalah pandangan peribadi pemilik akaun dan tidak semestinya menggambarkan pandangan dan pendirian kami.